Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515577
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaniwarda Yaakob, Dr.
dc.contributor.authorMohd Zamre Mohd Zahir (P82131)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:56:02Z-
dc.date.available2023-10-16T08:56:02Z-
dc.date.issued2020-01-15
dc.identifier.otherukmvital:122743
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515577-
dc.descriptionMelaksanakan Arahan Perubatan Awal (APA) merupakan suatu prosedur yang biasa di beberapa bidangkuasa di dunia. APA dibuat oleh pesakit sebagai perancangan dan persediaan awal tentang rawatan perubatan terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, kedudukan APA di Malaysia masih kabur. Tiada apa-apa panduan yang jelas, sama ada dari segi etika perubatan mahupun undang-undang berkaitan dengan kesahan APA di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti teori dan konsep berkaitan APA. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menganalisis APA dari perspektif agama-agama yang utama di Malaysia, etika perubatan dan undang-undang. Selanjutnya, penyelidikan ini bertujuan mencadangkan peruntukan perundangan berkaitan APA di Malaysia digubal berdasarkan rujukan kepada undang-undang yang diamalkan di bidangkuasa luar. Bagi mencapai objektif-objektif ini, penyelidik menggunakan reka bentuk penyelidikan perundangan tulen yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Penyelidikan ini mendapati bahawa APA merupakan suatu arahan yang dibenarkan dari sudut etika perubatan berdasarkan prinsip autonomi pesakit. Dari segi undang-undang, tiada peruntukan undang-undang yang mengawal selia APA di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan mencadangkan agar kerangka perundangan yang khusus bagi mengawal selia APA di Malaysia diwujudkan. Hal ini dapat memberikan panduan kepada doktor dan pesakit dalam melaksanakan APA di Malaysia. Cadangan ini juga sangat signifikan terhadap aspek etika perubatan dan undang-undang di Malaysia di samping dapat melindungi hak individu dan masyarakat.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectMedical laws and legislation
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleArahan Perubatan Awal (APA) di Malaysia dari perspektif perubatan, agama dan undang-undang
dc.typeTheses
dc.format.pages449
dc.identifier.callnoC73.MOH 2020 2 tesis
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122743+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.