Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515573
Title: Ancaman Bioterorisme Terhadap Kesihatan Awam Dan Sekuriti Di Malaysia: Satu Kajian Sosio Perundangan
Authors: Nor Anita Abdullah (P46415)
Supervisor: Rohani Abdul Rahim, Datin Paduka Dr.
Keywords: Ancaman Bioterorisme
Bioterorisme
Bioterorisme Terhadap Kesihatan Awam
Bioterorisme Terhadap Sekuriti Di Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Issue Date: 17-Sep-2013
Description: Malaysia masih tidak mempunyai pengalaman meluas dalam menghadapi ancaman bioterorisme seperti yang di alami oleh Amerika Syarikat selepas peristiwa pada 11 September 2001. Tetapi Malaysia, pernah mengalami penyebaran penyakit berjangkit seperti serangan virus Nipah, SARS dan H1N1 yang berpotensi mencetuskan situasi bioterorisme. Pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi berkaitan bioterorisme di kalangan orang awam sangat penting dalam usaha mengenal pasti, mencegah, mengawal, menghadapi dan menangani masalah penyebaran penyakit berjangkit yang boleh menimbulkan ancaman bersifat biologi. Di peringkat global organisasi Antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Perundangan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) berperanan besar dalam menyebarkan informasi berkenaan pelbagai penyakit berjangkit yang muncul, menyediakan fasiliti dan menjadi pusat rujukan kepada negara anggota dalam organisasi ini. Konvensyen Antarabangsa seperti Konvensyen Senjata Biologi (BWC) dan perundangan luar negara turut menjadi rujukan oleh organisasi di Malaysia seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Veterinar, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Malaysia memiliki satu Akta khusus yang meliputi peruntukan berkaitan penyakit berjangkit iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di ikuti oleh Akta terkini dikenali sebagai Akta Perdagangan Strategik 2010 yang membincangkan mengenai agen biologi, senjata biologi dan senjata pemusnah besar-besaran di peringkat perdagangan Antarabangsa. Kajian ini merangkumi beberapa perkara utama yang melibatkan kefahaman masyarakat sosial berkenaan bioterorisme, perundangan berkaitannya dan pengurusan serta perlaksanaan usaha-usaha oleh organisasi berkenaan dalam memerangi bioterorisme. Metodologi sosial perundangan bersifat kualitatif deskriptif dan analisis digunapakai bagi merungkai permasalahan bioterorisme dan perlindungan kesihatan awam di Malaysia. Kaedah kerja lapangan digunakan untuk menemuramah pakar dalam bidang kesihatan awam dan sekuriti negara di beberapa organisasi. Satu set soalan panduan digunakan bagi mencungkil data primer yang eksklusif dan sulit. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa 'bioterorisme' merupakan suatu ancaman yang memerlukan kepada perancangan awal dengan memberi kesedaran, penyebaran informasi dan penyediaan kaedah yang bersesuaian bagi melindungi dan mencegah ancaman bioterorisme. Jalinan kerjasama di peringkat Antarabangsa membolehkan negara sentiasa terkehadapan kerana berupaya untuk mendapatkan pelbagai informasi baru dan bantuan global dengan pantas apabila berlakunya ancaman. Ketiadaan perundangan yang khusus berkaitan bioterorisme menjadi suatu kekurangan dan kepincangan dalam usaha melindungi orang awam. Oleh itu, usaha perlu diambil oleh kerajaan untuk menjamin kesihatan awam daripada segala bentuk ancaman bioterorisme yang bersifat global.,PhD
Pages: 347
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75138+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.