Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515566
Title: Pengekangan masalah kelahiran anak tidak sah taraf di Malaysia melalui pelaksanaan undang-undang jenayah syariah
Authors: Azizah Mat Rashid (P93016)
Supervisor: Ahmad Azam Mohd Shariff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islamic Law--Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2020
Description: Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah bertujuan untuk menghindari tingkah laku individu Muslim daripada terjebak melakukan perbuatan yang boleh membawa perzinaan termasuklah mengekang masalah kelahiran anak tidak sah taraf. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia kurang berupaya mencapai matlamat tersebut dan statistik semasa kelahiran anak tidak sah taraf menunjukkan bilangan kes sedemikian sedang meningkat. Oleh itu, kajian menyasarkan tiga objektif untuk dicapai. Objektif pertama adalah untuk menganalisis prinsip dan perundangan jenayah syariah berkaitan dengan anak tidak sah taraf. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti permasalahan berkaitan dengan perundangan jenayah syariah sustantif serta pelaksanaannya berkaitan dengan perlakuan yang boleh membawa kelahiran anak tidak sah taraf. Objektif terakhir pula adalah untuk mencadangkan penyelesaian kepada segala permasalahan berkaitan dengan perundangan jenayah syariah substantif serta pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat análisis kandungan. Data bagi kajian ini secara utamanya dikumpul daripada statut, kes dan temu bual. Kajian mendapati bahawa memang wujud beberapa permasalahan perundangan jenayah syariah substantif seperti sesetengah peruntukan kesalahan terlalu umum dan berbeza-beza antara negeri. Tiada peruntukan khusus bagi perbuatan yang bercanggah dengan kesahtarafan nasab dalam undang-undang syariah. Dari aspek pelaksanaan pula, sesetengah pegawai penguat kuasa tidak cekap melaksanakan tugas, peralatan dan logistik bagi tujuan penyiasatan tidak sempurna dan infrastuktur seperti penjara dan pusat pemulihan pula tidak tersedia dengan baik bagi tujuan pelaksanaan hukuman shariah. Had hukuman sedia ada dan pilihan hukuman alternatif pula sangat terhad bagi tujuan pelaksanaan hukuman yang lebih berkesan. Oleh itu, kajian mengutarakan dua cadangan utama. Pertama, kajian mencadangkan agar undang-undang sedia ada berhubung dengan jenayah syariah yang berkaitan dengan isu kesahtarafan anak dipinda dan diseragamkan. Kedua, kajian juga mencadangkan agar kecekapan pegawai penguat kuasa ditingkatkan di samping memastikan kewujudan kelengkapan, logistik dan infrastruktur yang terbaik bagi tujuan mencapai hasil pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang berkesan.,Ph.D.
Pages: 394
Call Number: C63 .AZI 2020 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122500+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.