Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515558
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnita Abdul Rahim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRamalinggam Rajamanickam (P58454)-
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:54Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:54Z-
dc.date.issued2015-02-03-
dc.identifier.otherukmvital:119852-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515558-
dc.descriptionPenyelidikan ini memfokuskan kepada kebolehterimaan keterangan forensik (forensic evidence) dalam kes-kes jenayah di Malaysia. Penyelidikan ini sangat penting memandangkan keterangan forensik merupakan satu bentuk keterangan yang popular pada masa kini dan ia memberikan impak yang sangat besar dalam penyiasatan dan penyelesaian kes-kes jenayah. Penyelidikan ini telah menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertamanya, penyelidikan ini akan mendefinisikan terma-terma asas berkaitan keterangan forensik dan menerangkan kemunculan sains forensik dalam penyiasatan kes-kes jenayah. Keduanya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan dalam kebolehterimaan keterangan forensik di Malaysia. Objektif terakhir penyelidikan ini adalah untuk mencadangkan penambahbaikan dalam konteks kebolehterimaan keterangan forensik di Malaysia. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat lakuna dalam peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan 1950 yang mengawal selia kebolehterimaan keterangan forensik di Malaysia. Terdapat tiga isu signifikan dalam kebolehterimaan keterangan forensik di Malaysia. Antaranya, skop Seksyen 45 Akta Keterangan 1950 adalah tidak komprehensif. Selain itu, penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa Peraturan Pengetahuan Umum (Common Knowledge Rule) adalah diaplikasikan secara ketat di Malaysia. Malahan, ketiadaan panduan secara khusus dalam menilai kebolehpercayaan keterangan forensik merupakan salah satu permasalahan utama dalam kebolehterimaan keterangan forensik di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan supaya peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan 1950 dipinda. Pindaan yang dicadangkan akan merangkumi penambahbaikan dalam tiga aspek utama. Pertamanya, skop keterangan pakar akan menjadi lebih luas berbanding peruntukan yang sedia ada. Keduanya, Peraturan Pengetahuan Umum akan menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel. Akhirnya, mahkamah akan mengaplikasikan ujian kebolehpercayaan statutori (statutory reliability test) apabila memutuskan isu kebolehpercayaan keterangan forensik.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectForensic sciences -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKebolehterimaan keterangan forensik dalam kes-kes jenayah di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages367-
dc.identifier.callnoC29 .RAM 2015 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119852+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
722.68 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119852+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.