Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515553
Title: Peraturan perjanjian pakatan sulit dalam Undang-Undang Persaingan di Indonesia: kajian perbandingan Indonesia dan Malaysia
Authors: Hanif Nur Widhiyanti (P52970)
Supervisor: Safinaz Mohd Hussein, Prof. Madya Dr.
Keywords: Price fixing -- Law and legislation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2015
Description: Perjanjian pakatan sulit merujuk kepada persetujuan bersama dua atau lebih pelaku usaha, dengan sengaja untuk menghalang, mengelakkan, merosakkan atau menghilangkan persaingan dalam pasaran. Perjanjian ini dapat diwujudkan melalui penetapan harga, berkongsi pasaran, kawalan terhadap keluaran, pemulauan, tipuan bida dan perjanjian kaitan atau pautan. Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1999, tidak mempunyai peruntukan khusus melarang pakatan sulit. Walau bagaimana pun sifat pakatan sulit boleh dijumpai dalam peruntukan "perjanjian yang dilarang" dibawah Seksyen 4 hingga Seksyen 16 dan Seksyen 22 hingga Seksyen 24 (persekongkolan) dalam peruntukan 'kegiatan yang dilarang'. Dari segi penilaian sifat larangan ada yang dilarang secara menyalahi undang-undang (per se illegal) dan ada juga yang berdasarkan rukun sebab (rule of reason). Ketidakjelasan Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1999 dalam memperuntukkan sifat larangan bagi perjanjian pakatan sulit menyebabkan KPPU harus sendiri menentukan sifat larangan melalui kes-kes yang diputuskan. Ini seterusnya menyebabkan berlaku ketidakselarasan diantara peruntukan Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1999 dan keputusan kes. Tesis ini membuat perbandingan peruntukan perjanjian pakatan sulit dibawah Undang-Undang Persaingan di Malaysia dan Indonesia. Penyelidikan ini adalah kajian doktrinal dengan lima metod kajian undang-undang iaitu konsep, analitikal, perbandingan, historikal dan falsafah. Kajian mendapati ketidaklaziman penggunaan terma kartel dibawah Seksyen 11 yang hanya merujuk kepada kawalan terhadap kuota keluaran. Seterusnya peruntukan larangan persekongkolan dibawah Seksyen 22, Seksyen 23 dan Seksyen 24 sepatutnya tidak diletakkan dibawah 'kegiatan yang dilarang' yang merujuk kepada amalan sepihak dan tiada pertemuan minda. Adalah lebih tepat sekiranya larangan persekongkolan diletakkan dibawah 'perjanjian yang dilarang' kerana wujudnya pertemuan minda. Kajian ini juga mendapati adanya ketidakselarasan pendapat KPPU dalam menggolongkan sifat larangan keatas pemulauan dibawah Seksyen 10 dengan persekongkolan untuk menghambat pengeluaran atau perniagaan dibawah Seksyen 24. Kajian ini mencadangkan perlu adanya perubahan terhadap penggunaan terma kartel dibawah Seksyen 11, perlu adanya perubahan kategori larangan persekongkolan yang kini diletakkan dibawah 'kegiatan yang dilarang' dan perlu adanya garis panduan umum yang menegaskan dasar pertimbangan KPPU dalam meletakkan sifat larangan keatas perjanjian pakatan sulit.,Ph.D.
Pages: 275
Call Number: C23.HAN 2015 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119847+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
579.12 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119847+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.