Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515548
Title: Kedaulatan ruang udara dan pemakaian undang-undang persaingan dalam pengurusan slot lapangan terbang di Malaysia
Authors: Noradura Hamzah (P50884)
Supervisor: Safinaz Mohd Hussien, Prof. Madya Dr.
Keywords: Airspace (International law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Space law
Issue Date: 3-Feb-2018
Description: Teori kedaulatan ruang udara sesebuah negara merupakan satu prinsip undang-undang yang mentadbir sektor penerbangan sejagat. Pemakaian prinsip ini menghadkan persaingan dalam perkhidmatan penerbangan. Kesannya, institusi penerbangan menjadi dominan dan membentuk monopoli. Liberalisasi dalam sektor penerbangan telah menyebabkan undang-undang persaingan dikuatkuasakan. Ini menyebabkan timbul persoalan undang-undang yang material dalam industri penerbangan : undang-undang manakah yang terpakai dan diberi keutamaan -sama ada pemakaian undang-undang persaingan mengatasi teori kedaulatan ruang udara atau sebaliknya. Kajian ini merupakan kajian doktrinal yang menggabungkan kaedahpenyelidikan undang-undang dengan melihat kepada konsep, analitikal, perbandingan, sejarah dan falsafahdan melihat permasalahan ini dalam konteks pentadbiran slot dilapangan terbang. Secara asasnya, slot lapangan terbang di Malaysia ditabir oleh Garis Panduan Slot Dunia (GPSD) yang memberi hak berterusan untuk menguasai slot, terutamanya di bawah prinsip perwarisan atau "Grandfather Principle". GPSD konsisten dengan teori kedaulatan ruang udara dan tidak memberi ruang kepada persaingan. Kajian ini mendapati bahawa pendekatan yang berbeza digunakan oleh negara-negara dalam menguruskan penguntukan slot. Di Amerika Syarikat, undang-undang sektor penerbangan mengutamakan teori kedaulatan ruang udara berbanding undang-undang persaingan. Kesannya, undang-undang membenarkan peruntukan undang-undang persaingan yang mengkompromi teori kedaulatan ruang udara diketepikan. Sebaliknya, Negara-negara Kesatuan Eropah memilih untuk menguatkuasakan undang-undang persaingan mengatasi teori kedaulatan ruang udara. Ini membolehkan pengendali pesawat udara bersaing dalam proses penguntukan slot. Kajian ini mendapati bahawa, konflik ini tidak dibincangkan dalam kerangka undang-undang penerbangan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar satu kerangka undang-undang khusus digubal bagi menjelaskan kedudukan proses penguntukan slot dengan mengambil kira kedudukan teori kedaulatan ruang udara serta pemakaian undang-undang persaingan.,Ph.D.
Pages: 333
Call Number: C85.NOR 2018 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119805+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
945.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119805+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.