Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515545
Title: Pengurusan sisa nuklear di Malaysia: satu kajian perundangan
Authors: Syahmi@Muhammad Syahmi Jaafar (P59450)
Supervisor: Aishah Bidin, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Radioactive waste disposal -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jan-2015
Description: Penyelidikan ini merupakan satu kajian sosio-perundangan mengenai pengurusan sisa nuklear di Malaysia. Kajian yang dilakukan ini sangat penting dan berguna kerana sudah terdapat permasalah berkaitan sisa radioaktif di Malaysia. Tesis ini juga penting bagi menjangkau permasalahan berkaitan sisa nuklear apabila negara membangunkan reaktor nuklear pada masa hadapan. Sehubungan itu, penyelidikan ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif utama. Pertamanya, penyelidikan ini akan meneliti konsep pengurusan sisa nuklear, kerangka teori, prinsip perundangan berkaitan pengurusan sisa nuklear peringkat antarabangsa. Keduanya, mengenal pasti perundangan, institusi dan kawal selia yang terdapat di Malaysia berkaitan pengurusan sisa nuklear. Ketiganya, meneliti permasalahan pengurusan sisa nuklear di Malaysia. Objektif terakhir adalah mencadangkan penambahbaikkan pengurusan sisa nuklear di Malaysia. Pada hakikatnya, terdapat kelemahan perundangan dalam amalan pengurusan sisa nuklear di Malaysia. Kelemahan tadbir urus, kaedah penyimpanan sementara, pelupusan sisa nuklear adalah beberapa isu yang perlu diselidiki. Selain itu masalah pampasan dan liabiliti serta konsultasi dan penyertaan masyarakat yang diutarakan juga jelas menunjukkan isu amat membimbangkan dan perlu ditangani kerajaan. Kajian lapangan dengan kerjasama Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (LPTA) telah dibuat ke atas dua lokasi yang mempunyai isu pengurusan sisa radioaktif iaitu sel penyimpanan jangka panjang, sisa radioaktif, kilang Asia Rare Earth, Perak (ARE) dan pusat simpanan sementara sisa radioaktif, kilang Lynas Sdn Bhd, Pahang (LYNAS). Dari kajian lapangan yang dibuat, didapati terdapat beberapa kelemahan dari segi perundangan yang mungkin boleh ditambah baik dengan peraturan dan amalan terbaik antarabangsa. Segala aspek cadangan telah ditulis pada bab tujuh untuk menyediakan syor penambahbaikkan secara perundangan dan institusi sejajar dengan pembangunan nuklear pada masa hadapan. Cadangan pindaan perundangan domestik seperti transformasi perundangan khas sisa nuklear, mensyaratkan konsultasi masyarakat dalam perundangan, memperincikan perundangan berkaitan aktiviti kitar semula dan guna semula serta mengemukakan secara perundangan inisiatif dan ganjaran kepada komuniti tempatan. Cadangan penambahbaikkan melalui institusi pula termasuklah memantapkan hala tuju dan menginsititusikan suruhanjaya pengurusan sisa nuklear Malaysia, penubuhan direktorat pengurusan sisa nuklear dan kerjasama serantau, serta pembangunan kepakaran. Adalah diharapkan kajian ini dapat menjadi pencetus kepada kajian kajian-kajian perundangan yang lebih mendalam berkaitan pembangunan tenaga nuklear di Malaysia.,Ph.D.
Pages: 418
Call Number: C37.SYA 2015 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119797+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
679.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119797+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.