Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515542
Title: Perlindungan undang-undang terhadap ekspresi kebudayaan tradisional di Indonesia
Authors: Ayu Citra Santyaningtyas (P58452)
Supervisor: Rasyikah Md Khalid, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Customary law -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2019
Description: Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan ekspresi kebudayaan tradisional. Ia berasal dari kreativiti masyarakat tradisional yang berpotensi untuk menyokong pembangunan ekonomi Indonesia. Namun pada saat ini banyak negara maju yang telah melakukan pemanfaatan ke atas hasil kreativiti masyarakat tradisional dan kerugian yang besar ditanggung pemerintah Indonesia akibat pemanfaatan tersebut. Sungguhpun demikian, sehingga kini belum ada undang-undang yang komprehensif dan efektif di Indonesia yang mengatur tentang perlindungan ekspresi budaya tradisional. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat permasalahan dan cabaran dalam perlindungan ekspresi budaya tradisional samada dalam bentuk harta intelek atau warisan di Indonesia. Kajian penyelidikan ini menggunakan metod analitikal dan kritikal bagi membincangkan bagaimana Indonesia dapat memberikan perlindungan ekspresi budaya tradisional khususnya dengan melihat interaksi antara hak cipta dan warisan. Ini dilakukan melalui kaedah perbandingan untuk mendapat amalan terbaik kepada kerajaan dalam memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap ekspresi budaya tradisional di Indonesia. Ia membincangkan konsep dan takrifan perlindungan ekspresi budaya tradisional seperti ekspresi budaya tradisional milik masyarakat tradisional dan kedudukan perundangan adat di Indonesia, disamping membincangkan bentuk perlindungan di peringkat antarabangsa, ASEAN dan negara jiran, Malaysia. Kajian mendapati bahawa perlindungan ekspresi budaya tradisional di Indonesia seperti yang dilihat melalui hak cipta Undang-Undang No. 28 tahun 2014 dan ekspresi budaya tradisional sebagai warisan melalui Undang-Undang No. 11 tahun 2010 tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya. Ini disebabkan perbezaan dalam konsep kepemilikan ekspresi budaya tradisional dengan sistem harta intelek dimana ekspresi budaya tradisional diturunkan kepada sebuah masyarakat tradisional secara turun-temurun, sedangkan konsep perlindungan pada harta intelek lebih tertumpu kepada pemilikan individu dan mempunyai had masa. Kajian ini menyarankan agar Indonesia mewujudkan satu peraturan perundangan yang komprehensif dalam memberikan perlindungan kepada ekspresi budaya tradisional, termasuklah sistem inventori dan pangkalan data digital, pengiktirafan terhadap undang-undang adat dan penerapan akses perkongsian manfaat. Perlindungan expresi budaya tradisional juga boleh dibuat melalui pengiktirafan tokoh-tokoh budaya tradisional sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) sebagaimana yang dilaksanakan di Malaysia. Elemen seperti ini perlu dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Pengetahuan Tradisional dan Ekspresi Budaya Tradisional yang sedang digubal di Indonesia.,Ph.D.
Pages: 257
Call Number: C34.AYU 2019 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119794+Source01+Source01.2.PDF
  Restricted Access
826.97 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119794+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.