Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515535
Title: Kawalan perundangan fasal pengecualian dalam kontrak peniaga-pengguna di Malaysia
Authors: Farhah Abdullah (P50849)
Supervisor: Sakina Shaik Ahmad Yusof, Profesor Madya Dr.f
Keywords: Consumer contracts -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Competition
Unfair -- Malaysia
Issue Date: 26-Jul-2019
Description: Pasaran globalisasi menyaksikan fenomena pengecualian liabiliti yang merupakan sebahagian daripada evolusi perdagangan tidak adil abad ke-21. Alat paling utama yang digunakan bagi melepaskan diri peniaga daripada liabiliti adalah melalui fasal pengecualian dalam kontrak. Fasal pengecualian yang dimasukkan ke dalam kontrak dianggap sebagai senjata penindasan dan bersifat manipulatif memandangkan terma-termanya tidak tertakluk pada rundingan antara pihak-pihak yang berkontrak. Senario yang berpunca daripada kegagalan pasaran yang membiarkan fasal pengecualian semakin berleluasa menagih penyelesaian segera. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis layanan undang-undang dalam menangani penggunaan fasal pengecualian dalam kontrak peniaga-pengguna di Malaysia. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan doktrinal yang mengguna pakai metode analisis kandungan, berpaksikan empat pendekatan utama iaitu sejarah, jurisprudens, perbandingan serta analitis dan kritis. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya kenyataan masalah berbentuk, (i) Fasal pengecualian yang menimbulkan ketidakadilan substans dalam kontrak yang bersifat manipulatif dan menindas; (ii) Kesamaran pendirian kehakiman yang diinterpretasikan melalui undang-undang kes berkenaan fasal pengecualian; dan (iii) Kawalan perundangan yang minimum dan terhad serta ketiadaan peruntukan perundangan yang spesifik dalam menangani krisis ledakan fasal pengecualian. Hasil penyelidikan ini jelas menunjukkan bahawa penambahbaikan peruntukan kawalan perundangan yang spesifik amat relevan dalam mengatasi ketidakadilan fasal pengecualian. Berdasarkan perundangan beberapa buah negara terpilih iaitu United Kingdom, Australia dan India, analisis memaparkan bahawa fasal pengecualian telah dilayan sebagai satu polemik yang memerlukan campur tangan paternalistik kerajaan melalui perundangan dalam pelbagai struktur; perundangan kontrak, perundangan perlindungan pengguna dan perundangan spesifik. Melalui pengamatan perundangan, penyelidikan mencadangkan penggubalan perundangan khusus yang dinamakan Akta Terma Kontrak Peniaga-Pengguna Tidak Adil (Fasal Pengecualian) di Malaysia sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terbaik bagi meminimumkan penindasan dan ketidakadilan dalam kontrak peniaga-pengguna di Malaysia.,Ph.D.
Pages: 409
Call Number: C23 .FAR 2019 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119766+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119766+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.