Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515533
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaida Nordin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMa Kalthum Ishak (P75351)-
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:46Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:46Z-
dc.date.issued2019-07-31-
dc.identifier.otherukmvital:119763-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515533-
dc.descriptionKajian ini mengkaji perlanggaran hak asasi manusia oleh syarikat minyak dan gas (M&G) khususnya hak asasi manusia berkaitan buruh, alam sekitar dan orang asal. Data menunjukkan wujudnya perlanggaran hak asasi yang membimbangkan yang disumbangkan oleh syarikat M&G seperti di Nigeria, Myanmar, Ecuador dan sebahagian daripada Timur Tengah. Dua contoh perlanggaran yang pernah dilakukan oleh syarikat M&G ialah pengekstrakan minyak di Ogoni, Nigeria dan saluran paip Yedana dan Yetagun di Burma. Dengan menggunakan piawaian antarabangsa sebagai rujukan, kajian ini mempunyai empat objektif untuk dicapai. Pertama, kajian akan melihat kepada tanggungjawab syarikat dibawah undang-undang dan mengenalpasti kes-kes perlanggaran hak asasi manusia oleh syarikat M&G serta faktor-faktor yang membawa kepada perlanggaran tersebut. Kedua, kajian akan menganalisa rangka undang-undang Malaysia sedia ada dan bagaimana undang-undang ini dapat mengawal syarikat M&G. Ketiga, penyelidik menganalisis piawaian undang-undang antarabangsa dan bagaimana piawaian ini boleh diaplikasikan di Malaysia. Keempat, kajian ini mencadangkan bagaimana syarikat M&G dapat mencegah perlanggaran dan meningkatkan tanggungjawab syarikat terhadap hak asasi manusia. Hasil kajian menunjukkan, wujudnya kes-kes perlanggaran oleh syarikat M&G terutamanya dalam sektor buruh, alam sekitar dan orang asal. Tambahan lagi, kajian menunjukkan Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk mencegah perlanggaran oleh syarikat M&G memandangkan tanggungjawab untuk melindungi hak asasi terletak ke atas negara. Melihat kepada peranan yang sangat besar yang dimainkan oleh syarikat, beberapa piawaian seperti Prinsip Panduan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (PHAM), Global Compact dan Garis Panduan OECD diperkenalkan. Justeru itu, kajian mencadangkan penggunaan PHAM sebagai piawaian bagaimana syarikat dapat menghormati hak asasi manusia. Antara kandungan prinsip PHAM ialah usaha wajar hak asasi manusia, definisi hormat oleh syarikat dan akses kepada remedi. Rumusannya, penyelidik menekankan kepentingan semua syarikat untuk menghormati hak asasi manusia terutamanya dalam syarikat M&G yang beroperasi di Malaysia dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah sebarang perlanggaran hak asasi manusia oleh syarikat MNC M&G.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectHuman rights-
dc.subjectNatural gas -- Law and legislation-
dc.titlePerniagaan dan hak asasi manusia: tanggungjawab syarikat multinasional (MNC) gas (M&G) di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages355-
dc.identifier.callnoC74.MAK 2019 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119763+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
784.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119763+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.