Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515527
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aishah Bidin, Professor Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Abdul Aziz Husin (P42427) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:55:44Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:55:44Z | - |
dc.date.issued | 2014-04-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74865 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515527 | - |
dc.description | Dalam sesuatu projek pembinaan, semua pihak mengharapkan pelaksanaan yang sempurna, iaitu siap tanpa kecacatan, dalam tempoh yang dipersetujui, dan dalam amaun yang ditetapkan. Walaupun klien atau tuan punya projek (sama ada awam atau swasta) telah mengambil segala langkah perlu dalam menguruskan risiko projek dalam mempastikan harapan di atas tercapai, namun kemungkinan pelaksanaan masih menjadi tidak sempurna kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Ia juga berlaku akibat kemungkiran pihak terbabit. Ini mendatangkan kerugian, terutamanya kepada klien. Sebagai salah satu instrumen pengurusan risiko kontrak kerja, maka diwujudkan "jaminan pelaksanaan" dalam bentuk bon pelaksanaan bagi menjamin pelaksanaan obligasi oleh pihak kontraktor. Demi mencapai apa yang diharapkan maka perkara-perkara yang ditetapkan oleh undang-undang dalam menguruskan bon pelaksanaan perlu dipatuhi. Tesis ini membincangkan perkara-perkara tersebut terutama dari perspektif konsep, skop dan penggunaannya. Namun dalam aplikasinya, beberapa tafsiran dan pendirian pihak kehakiman juga perlulah diambil kira, selain daripada penulisan oleh para pakar undang-undang berkaitan. Tujuan dan fokus utama tesis ini adalah untuk melihat dan menilai serta mengaplikasikan konsep "kewajaran" dalam menguruskan dan mencapai tujuan sebenar penwujudan bon pelaksanaan itu sendiri. Sebagai tambahan, kajian lapangan untuk mendapat pandangan daripada pihak-pihak yang terlibat terus dalam aplikasi bon pelaksanaan melalui borang soal-selidik juga turut dilaksanakan. Tujuan utama adalah bagi mendapatkan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang dinyatakan sebelum ini. Tesis ini mendapati terdapat beberapa penemuan perkara dan tindakan termasuk berkaitan proses yang ada relevannya dengan undang-undang masih belum mencapai ke tahap kewajarannya yang terbaik kepada semua pihak. Ini amat penting demi menjadikan instrumen bon pelaksanaan ini adil dan saksama dalam aplikasinya kepada semua pihak, dan mencapai tujuan asal ia diperkenalkan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dan pandangan diberikan demi membaiki, memperkemas dan menjamin agar perkara-perkara tersebut dapat mencapai objektif muktamad iaitu bon pelaksanan itu wajar untuk semua yang terlibat. Antara cadangan utama adalah bahawa bon pelaksanaan memang wajar diwujudkan (dan terus dikekalkan kewujudannya dimasa hadapan). Ini termasuklah bon pelaksanaan subsidiari. Disamping itu praktis semasa tentang standard bon bertulis, ditandatangani penjamin dan disetemkan perlulah dikekalkan. Bon juga mesti dipastikan berfungsi sebagai pelindung yang berkesan untuk klien terhadap kegagalan pelaksanaan kontrak. Nilai jaminan bon sebanyak 5% daripada nilai kontrak perlulah disemak semula. Tarikh bon mula berkuatkuasa hendaklah bersamaan tarikh milikan tapak bina sebenar, dan berterusan sehingga ke tarikh tamat menanggung kecacatan kerja. Tempoh membuat tuntutan bon lebih wajar memihak kepada klien projek, dan dengan tegas memakai prinsip undang-undang dalam Akta Pembatasan 1953. Dengan mengambil kira tujuan asal bon maka bon pelaksanaan "tanpa syarat dan atas tuntutan" adalah lebih wajar digunakan. Mekanisma indemniti perlu diwujudkan, sama ada dalam bentuk koleteral atau indemniti jaminan. Selain itu penjamin adalah wajar diberikan opsyen untuk menyiapkan projek pembinaan yang gagal. Kaedah klien mengutip wang daripada rampasan bon pelaksanaan dalam mendapatkan ganti rugi adalah wajar, namun praktis semasa iaitu merampas semua amaun yang dinyatakan dalam bon adalah tidak wajar. Notis tuntutan paling wajar adalah yang dibuat terus kepada penjamin. Skop bon wajar dikekalkan hanya untuk jaminan pelaksanaan sahaja.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Bon pelaksanaan | - |
dc.subject | Kontrak pembinaan | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Bon pelaksanaan dalam kontrak pembinaan di Malaysia : satu kajian aspek kewajaran di sisi undang-undang | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 291 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74865+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.