Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515520
Title: | Pengurusan dan pengawasan terhadap aktiviti perbankan syariah di Indonesia |
Authors: | Frengki Hardian (P38169) |
Supervisor: | Ruzian Markom, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Banking law -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Bank and banking -- Religious aspects |
Issue Date: | 26-Aug-2016 |
Description: | Institusi perbankan adalah satu institusi kewangan yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan ekonomi. Ia juga menyediakan pembiayaan boleh digunakan sebagai modal usaha serta tempat simpanan wang. Di Indonesia, institusi perbankan tumbuh dengan pantas melalui majoriti penduduk yang 80 peratus adalah Islam. Oleh itu, adalah satu keperluan bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat perbankan terperinci yang berkaitan dengan pelaksanaan perbankan yang sesuai dengan ajaran agama Islam yang disebut dengan perbankan syariah. Selanjutnya, maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam, terutamanya dari segi pemantauan kepatuhan syariah keatas operasi perbankan. Kajian ini adalah kajian yang bersifat deskriptif analitis yang menggunakan pendekatan kaedah analisa diskriptif untuk melihat dan memahami pelaksanaan operasi perbankan syariah di Indonesia. Kajian ini mengunakan data kualitatif yang terdiri dari soal selidik kajian terhadap pengguna produk kewangan syariah. Selain itu, data juga didapati dari peraturan Bank Indonesia, cadangan Majlis Ulama Indonesia (MUI), serta undang-undang lain yang berkaitan. Diantara isu yang diketengahkan adalah perbezaan pendapat tentang amalan perbankan syariah terutamanya hal berkaitan penggunaan kesahihan faedah dalam operasi perbankan. Kewujudan perbezaan pendapat dalam majoriti masyarakat Islam di Indonesia menyebabkan pakar perundangan, pakar ekonomi dan masyarakat Islam, mula mencari institusi perbankan yang sesuai dengan prinsip syariah. Usaha untuk menubuhkan institusi perbankan syariah bermula dari maklumat Perhimpunan Agung Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang membentuk kumpulan kerja untuk menubuhkan bank Islam di Indonesia, sehingga tertubuhnya PT. Bank Muamalat Indonesia (Bank Muamalat Indonesia Sdn. Bhd) di bawah lindungan surat keputusan Bank Indonesia (BI). Justeru, kumpulan kerja ini juga mendapati keperluan institusi yang boleh memantau dan menguatkuasakan undang-undang dalam memastikan kepatuhan syariah oleh institusi perbankan. Hasil soal selidik terhadap pengguna produk perbankan syariah pula, mendedahkan bahawa 86.0% responden memerlukan maklumat tentang sistem kewangan syariah yang lebih terperinci dan telus, sistem jaminan dan pengawasan yang jelas yang ditetapkan oleh Undang-undang. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya peranan dewan pengawas syariah dipertingkatkan dalam penguatkuasaan undang-undang juga pemantauan terhadap pelaksanaan operasi bank syariah dalam pembangunan.,Ph.D. |
Pages: | 262 |
Call Number: | C63.FRE 2016 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119686+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 431.9 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119686+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.