Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515519
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTengku Noor Azira Tengku Zainudin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Hatta (P65111)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:42Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:42Z-
dc.date.issued2017-08-11
dc.identifier.otherukmvital:119685
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515519-
dc.descriptionKecuaian perubatan merupakan salah satu cabang dalam bidang kecuaian profesional yang banyak berlaku di Indonesia. Setiap tahun, didapati terdapat banyak kes-kes kecuaian perubatan yang tertunggak di mahkamah. Ini berpunca daripada kelemahan mekanisme penyelesaian kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia di mana mekanisme penyelesaian secara litigasi meletakkan beban pembuktian ke atas pihak pesakit. Keskes kecuaian perubatan yang telah diputuskan menunjukkan bahawa ini meletakkan beban yang berat untuk dilepaskan oleh pihak pesakit. Disebabkan perkara ini, persoalannya apakah peluang untuk pesakit berjaya dalam kesnya terhadap doktor? Walaupun terdapat mekanisme penyelesaian pertikaian secara alternatif yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu kaedah pengantaraan, adalah penting untuk menentukan sejauh manakah Majlis Kehormatan Etika Kedoktoran (MKEK) dan Majlis Kehormatan Disiplin Kedoktoran Indonesia (MKDKI) sebagai institusi pengantaraan dalam kes-kes kecuaian perubatan menjalankan fungsinya sebagai pengantara? Maka, penyelidikan ini menggariskan tiga objektif. Pertama, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti mekanisme penyelesaian dalam keskes kecuaian perubatan di Indonesia. Kedua, ia untuk menganalisis permasalahan dan kelemahan dalam mekanisme penyelesaian yang sedia ada. Yang ketiga, untuk mencadangkan penambahbaikan dalam penyelesaian kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia. Bagi mencapai objektif penyelidikan, memandangkan ini adalah penyelidikan legalistik sepenuhnya, penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang bersifat analisis doktrinal. Adalah didapati bahawa pesakit sememangnya mengalami kesukaran untuk membuktikan kecuaian perubatan yang dilakukan oleh doktor kerana ia merupakan bidang yang bersifat teknikal dan kompleks. Kesukaran ini telah mengakibatkan perbicaraan di mahkamah memakan masa yang lama, membabitkan kos yang tinggi dan menjadi faktor penghalang kepada pesakit untuk meneruskan tuntutan mereka di mahkamah. Selain itu, walaupun undang-undang yang sedia ada membenarkan penyelesaian secara pengantaraan menerusi MKEK dan MKDKI, namun prosedur yang dijalankan oleh kedua-dua institusi ini masih mempunyai ciri-ciri litigasi terutamanya aspek pembuktian. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan pindaan kepada undang-undang supaya ia memasukkan beban pembuktian terbalik dalam kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia. Penyelidikan turut mengesyorkan agar kedua-dua institusi MKEK dan MKDKI menjalankan fungsinya sebagai pengantara sebagaimana yang dituntut oleh undang-undang kesihatan Indonesia.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectMedical laws and legislation -- Indonesia
dc.subjectMedical ethics -- Indonesia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMekanisme undang-undang bagi penyelesaian kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages364
dc.identifier.callnoC73.MUH 2017 2 tesis
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119685+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
653.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119685+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.