Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515516
Title: Peruntukan perzinaan dalam undang-undang bertulis menurut hukum Islam: perbandingan kajian di Indonesia dan Malaysia
Authors: Neng Djubaedah (P38245)
Supervisor: Noor Aziah Mohd. Awal, Prof. Datin
Keywords: Peruntukan perzinaan
Undang-undang bertulis
Menurut hukum Islam
Indonesia
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Issue Date: 6-Dec-2014
Description: Perzinaan iaitu persetubuhan luar nikah yang dilarang surah an-Nur ayat 2 yang memperuntukkan hadda zina, dan perbuatan menghampiri zina dilarang surah al-Isra ayat 32, adalah larangan agama Islam yang boleh diterima oleh akal manusia, kerana perzinaan ialah perbuatan yang boleh merosakkan akar budaya masyarakat. Meskipun perzinaan dilarang oleh agama Islam, namun sejak awal Islam hingga ke masa kini didapati orang Islam melakukan perzinaan. Oleh sebab itu diperlukan kajian mengenai peruntukan perzinaan dalam undang-undang bertulis yang berkuatkausa bagi orang Islam di Indonesia dan Malaysia. Objektif kajian ialah untuk mengkaji peruntukan perzinaan dan hukumannya mengikut undang-undang bertulis di Indonesia dan di Malaysia, juga melihat kepada pandangan masyarakat di kedua buah negara mengenai peruntukan perzinaan dan menganalisa perbandingan peruntukan perzinaan yang sedia ada mengikut undang-undang bertulis di kedua buah negara. Pandangan masyarakat didapati dengan melakukan temubual terhadap 45 orang yang terdiri daripada pakar undang-undang, para Hakim, tokoh masyarakat tempatan di kedua buah negara. Pandangan masyarakat juga didapati daripada 482 responden yang mengembalikan borang soal selidik di kawasan kajian di Indonesia dan di Malaysia dan dianalisa dengan menggunakan Statistical Product and Service Solutions (SPSS). Untuk menganalisa data sekunder dan primer digunakan alat analisa teori hukum integratif keislaman. Di Indonesia di bawah seksyen 284 KUHP diperuntukkan kesalahan perzinaan bagi orang berkahwin dan boleh dikenakan hukuman penjara dalam tempoh tidak lebih dari 9 bulan, jenis jenayah aduan kerana hanya boleh dilakukan pengaduan oleh suami atau isteri yang dicemarkan sahaja. Di Indonesia orang tak berkahwin tidak dilahalang melakukan perzinaan. Di Malaysia, di bawah Kanun Keseksaan, mengadakan hubungan seks dengan kerelaan gadis di bawah 16 tahun adalah rogol dan menurut Islam adalah zina. Di bawah Enakmen Jenayah Syariah Islam di Negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, perzinaan ialah kesalahan syariah orang Islam berkahwin atau pun tidak berkahwin. Hukumannya ialah penjara tidak lebih dari 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.00 atau sebat tidak melebihi 6 sebatan, atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Dari sudut pandang masyarakat, di Indonesia 80% berpandangan bahawa hukum Islam, undangundang Adat yang tidak bercanggahan dengan Islam dan peruntukan perzinaan di bawah KUHP/RUU KUHP 2008 yang tidak bercanggahan dengan Hukum Islam hendaklah terpakai kepada orang Islam. Masyarakat di Malaysia seramai 90% berpandangan bahawa peruntukan perzinaan dalam undang-undang jenayah syariah dan hukum Syarak hendaklah terpakai kepada semua orang Islam. Kajian mencadangkan supaya kesalahan perzinaan di Indonesia dikenakan terhadap semua orang Islam yang berkahwin dan tidak berkahwin, di Malaysia supaya Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan persetubuhan luar nikah. Di kedua buah negara, hukuman minimal bagi kesalahan zina perlu diwujudkan.,PhD
Pages: 421
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74864+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.