Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515515
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSakina Shaik Ahmad Yusoff, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorOng Tze Chin (P59776)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:41Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:41Z-
dc.date.issued2017-11-17
dc.identifier.otherukmvital:119682
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515515-
dc.descriptionHak remedi merupakan hak pengguna yang penting dalam memberi tebus rugi kepada pengguna semasa berlakunya perlanggaran kontrak. Ubi jus ibi remedium, hubungan hak dan remedi adalah saling berkait rapat. Hak pengguna terhadap tebus rugi bermula dengan jaminan terhadap hak remedi pengguna. Namun, permasalahan timbul kerana remedi sering dianggap sebagai hal sampingan undang-undang kontrak dan tidak signifikan dalam perlindungan pengguna. Permasalahan menjadi akut kerana permasalahan doktrinal kontrak jualan barang pengguna yang berasaskan kebebasan berkontrak gagal memberi perlindungan kepada pengguna. Permasalahan perbezaan pendekatan kehakiman dalam klasifikasi terma kontrak telah menyebabkan remedi tebus rugi pengguna tidak berfungsi. Tambahan itu, permasalahan prinsip remedi kontrak jualan barang pengguna yang menghalang hak tebus rugi pengguna menyebabkan kekurangan perlindungan pengguna melalui remedi. Berpaksikan ketiga-tiga kenyataan masalah ini, penyelidikan ini bermatlamat untuk menganalisis sejauh mana remedi kontraktual jualan barang pengguna di Malaysia dapat bertindak sebagai pelindung pengguna dalam menjamin hak tebus rugi pengguna yang memadai. Penyelidikan ini berlatarbelakangkan perundangan Malaysia iaitu Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mengawal-selia kontrak jualan barang pengguna. Dasar prinsip-prinsip perundangan European Consumer Sales Directive, Consumer Rights Act 2015 (UK) dan AustraliannConsumer Law dianalisis secara perbandingan dalam hasrat carian amalan antarabangsa. Perlindungan pengguna merupakan agenda penting integrasi ekonomi ASEAN. Sejajar dengan komitmen Malaysia dalam kerjasama ASEAN, perundangan perlindungan pengguna negara-negara ASEAN terpilih dianalisis dan dibandingkan dalam usaha menghasilkan skema remedi amalan serantau. Metode analisis legalistik tulen mengguna pakai pendekatan sejarah, jurisprudens, perbandingan dengan analitis dan kritis digunakan dalam penyelidikan ini. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa remedi kontrak jualan barang pengguna yang tidak berpaksikan perlindungan penguna tidak dapat menjamin hak tebus rugi pengguna. Penyelidikan ini mencadangkan pindaan terhadap Akta Pelindungan Pengguna 1999 menginkorporasikan prinsip remedi seragam ASEAN dalam mewujudkan skema remedi yang berupaya memperkukuhkan lagi rejim perlindungan pengguna di Malaysia.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectConsumer satisfaction
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectUndang-undang kontrak
dc.titleRemedi kontraktual jualan barang pengguna
dc.typeTheses
dc.format.pages436
dc.identifier.callnoC23.ONG 2017 2 tesis
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119682+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFView/Open
ukmvital_119682+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.