Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515512
Title: Konsep kedaulatan watan raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut sejarah perundangan
Authors: Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain (P83818)
Supervisor: Anisah Che Ngah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Kedaulatan
Constitutions -- Malaysia.
Malaysia -- Politics and government
Issue Date: 9-May-2017
Description: Perbahasan mengenai prinsip perundangan tanah air selama ini mengabaikan konsep kedaulatan watan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya pelbagai dakwaan dilontarkan termasuklah bahawa Malaysia adalah sebuah negara bukan Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu sudah terhapus. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan konsep kedaulatan watan dari sudut legasi dan legitimasi dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Kajian menumpukan konsep kedaulatan Rajaraja Melayu dan implikasinya berasaskan kerangka watan. Kajian ini menggunakan metod kualitatif sejarah perundangan. Data terkumpul terdiri daripada sumber primer, sekunder dan temubual. Data-data tersebut dianalisis dengan memberi penekanan kepada pemeriksaan sejarah kedaulatan watan, kelangsungan legitimasinya merentasi tempoh campur tangan kuasa-kuasa asing dan kesahannya dalam Perlembagaan Persekutuan. Hasil kajian mendapati kedaulatan Raja-raja Melayu pada hari ini dipusakai daripada Kesultanan Melayu Melaka yang berteraskan ajaran Islam dan ia tidak pernah terungkai. Justeru, kedaulatan bersumberkan Islam merupakan kaedah pentafsiran paling sahih kedaulatan watan. Melalui pentafsiran tersebut, ia dapat menghuraikan kedudukan sebenar kedaulatan Raja-raja Melayu, prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong dan pemakaian undang-undang dalam kerangka prinsip keluhuran perlembagaan. Pentafsiran sedemikian mengharmonikan antara kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan undang-undang Islam dengan peruntukan-peruntukan lain Perlembagaan Persekutuan. Dapatan di atas dapat membimbing ahli-ahli politik dan perundangan untuk memberi tafsiran Perlembagaan Persekutuan dalam kerangka watan dan ia didapati mampu menjawab secara tuntas isu-isu sensitif terutamanya kedudukan kedaulatan Raja-raja Melayu dan pemakaian prinsip perundangan Islam. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan premis untuk menjustifikasikan penerusan unsur-unsur watan sebagai teras jatidiri negara dan bagi perpaduan nasional. Justeru, prinsip perundangan dan pelaksanaan sistem politik negara kita hendaklah selaras dengan konsep kedaulatan yang diwarisi itu.,Ph.D.
Pages: 370
Call Number: C21.WAN 2017 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119679+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119679+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.