Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515511
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahmah Ismail, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAnnalisa Yahanan (P42430)-
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:39Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:39Z-
dc.date.issued2015-02-17-
dc.identifier.otherukmvital:119676-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515511-
dc.descriptionPengangkutan melalui udara mempunyai sifat dan kelebihan tersendiri yang mampu bergerak dengan cepat dibandingkan dengan jenis pengangkutan lain. Walaupun pengangkutan udara menggunakan teknologi canggih, kelewatan penumpang tidak dapat dielakkan kerana pelbagai faktor, seperti masalah dalam teknik operasi dan keadaan cuaca.Analisis sejarah menunjukkan bahawa terdapat 4 (empat) undang-undang penerbangan di Indonesia semenjak pemerintahan Belanda sehingga kini yang mengawal industri pengangkutan udara, iaitu, Ordonansi Pengangkutan Udara Staatsblad 1939 No. 100 (OPU 1939) tentang Penerbangan yang sehingga kini belum dimansuhkan oleh mana-mana undang-undang, Undang-Undang No. 83 Tahun 1958 Tentang Penerbangan (UUP 1958), Undang-Undang No. 15 Tahun 1992 Tentang Penerbangan (UUP 1992) dan terakhir ialah Undang-Undang No. 1 Tahun 2009 Tentang Penerbangan yang merupakan undang-undang penerbangan yang berkuatkuasa sehingga kini. Di samping itu terdapat pelbagai peraturan yang mengatur tentang jumlah ganti rugi bagi kelewatan. Antara yang perkara yang diatur dalam Undang-Undang No. 1 Tahun 2009 Tentang Penerbangan ialah liabiliti syarikat pengangkut udara komersial terhadap penumpang berhubung kelewatan dan mekanisme tuntutan ganti rugi penumpang berhubung kelewatan. Jenis penyelidikan ini adalah penyelidikan undang-undang tulen dengan menggunakan teknik analisis kandungan (content analysis) yang menganalisis liabiliti syarikat pengangkut udara komersial dan hak penumpang berhubung kelewatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan sejarah, jurisprudens atau falsafah, analitis dan kritis dan perbandingan. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis liabiliti syarikat pengangkut udara dan hak penumpang berhubung kelewatan di bawah UUP 2009, mengenal pasti dan menganalisis mekanisme tuntutan ganti rugi penumpang yang mengalami kelewatan, dan membuat kajian perbandingan tentang liabiliti syarikat pengangkut udara komersial dan hak penumpang berhubung kelewatan dengan konvensyen antarabangsa dan EC 261/2004. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa berhubung dengan kelewatan terdapat beberapa masalah dalam peraturan perundang-undang yang sifatnya melemahkan hak penumpang, antaranya, pemakaian konsep liabiliti andaian bersalah ke atas syarikat pengangkut udara terhadap penumpang yang mengalami kelewatan (pasal 146 UUP 2009), tanggungjawab untuk memaklumkan maklumat kelewatan tidak dijadikan wajib dan segera ke atas syarikat pengangkut udara, pelbagai pengaturan jumlah ganti rugi kelewatan yang memperuntukkan jumlah ganti rugi yang berbeza, jumlah ganti rugi tidak mengambil kira jarak penerbangan, akses kepada keadilan untuk penumpang menuntut ganti rugi di makamah terhalang, dan pengaturan berhubung dengan masalah akses kepada keadilan tidak diatur secara sistematis. Penyelidikan ini mencadangkan aplikasi konsep liabiliti mutlak ke atas syarikat pengangkut udara, pemakluman wajib dan segera kepada penumpang tentang maklumat kelewatan, jumlah ganti rugi berdasarkan jarak penerbangan, dan memperuntukkan dengan jelas pengaturan tentang akses kepada keadilan secara sistematis.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectAir transportation-
dc.titleLiabiliti syarikat pengangkut udara komersial dan hak penumpang berhubung kelewatan di bawah undang-undang penerbangan di Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages373-
dc.identifier.callnoC74.ANN 2015 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119676+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
696.24 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119676+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.