Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515509
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahmah Ismail, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFahirah Syaliza Mokhtar (P61131)-
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:39Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:39Z-
dc.date.issued2015-08-14-
dc.identifier.otherukmvital:119674-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515509-
dc.descriptionKecacatan produk perubatan memberi kesan dan impak secara langsung sama ada secara fizikal atau mental pesakit sebagai pengguna. Pesakit yang lemah, tidak mampu menilai dan membuat keputusan sebagai pengguna yang bijak terutama bila berdepan dengan penggunaan produk perubatan yang serba canggih, kompleks serta sofistikated. Lanjutan daripada itu, beberapa permasalahan dikenal pasti dalam kajian liabiliti pengeluar produk perubatan di bawah undang-undang tort antara lain seperti kesukaran pembuktian hubungan sebab-musabab antara kecederaan atau kematian yang dialami dengan produk perubatan yang digunakan. Ia memerlukan mahkamah meneliti secara terperinci perihal data-data yang kompleks, keterangan pakar yang bertentangan antara satu sama lain serta bukti saintifik di luar kapasiti pemikiran pengguna. Di samping itu, permasalahan di mana pesakit mendapatkan produk perubatan melalui preskripsi dan apabila berlaku kecederaan atau kematian, pesakit mempunyai cabaran untuk menuntut pampasan terhadap pengeluar kerana terputusnya rantai hubungan sebab musabab dengan kehadiran pihak ketiga iaitu pengamal perubatan. Kesukaran menuntut pampasan ini diburukkan lagi apabila pengeluar membangkitkan doktrin Learned Intermediary Rule iaitu kewajipan memberi amaran terletak kepada pengamal perubatan, seorang pengantara berpengetahuan, setelah segala informasi dan amaran penggunaan telah dimaklumkan oleh pengeluar produk perubatan. Jika pesakit ingin menuntut dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, pesakit juga terpaksa menempuh pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak elemen-elemen pembuktian di bawah Bahagian X Akta Pelindungan Pengguna 1999, khususnya pembuktian kecacatan itu sendiri serta paling mencabar pembuktian hubungan sebab musabab dan mematahkan pembelaan yang dibangkitkan oleh pengeluar. Oleh itu, fokus utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh pesakit untuk mendapatkan pampasan bagi kecederaan atau kematian akibat kecacatan produk perubatan di Malaysia. Objektif penyelidikan adalah untuk menganalisis perundangan liabiliti keluaran khususnya di bawah undang-undang tort kecuaian dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 bermatlamatkan penambahbaikan ke atas mekanisme tuntutan pampasan pesakit. Dalam mencapai objektif di atas, penyelidikan ini yang merupakan analisis legalistik tulen, mengguna pakai pendekatan historis, jurisprudens, perbandingan serta analisis dan kritis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa kehendak pembuktian di bawah undang-undang tort kecuaian serta Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi kecacatan produk perubatan adalah sangat sukar untuk dipenuhi bagi tujuan mendapatkan pampasan. Berdasarkan perundangan negara Jerman dan Thailand, analisis menunjukkan bahawa suatu campur tangan perundangan dalam bentuk meletakkan ia sebagai bahagian khusus dalam perundangan perlu dilaksanakan. Justeru itu, penyelidik mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk pindaan peruntukan yang terkandung dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 supaya beban pembuktian itu dipindahkan kepada pengeluar produk perubatan dalam membuktikan bahawa tiada kecacatan pada produk keluarannya di samping menambah peruntukan tanggungan sivil dalam Akta Peranti Perubatan 2012. Penyelidik merumuskan justifikasi pindaan ini sebagai salah satu pilihan terbaik bagi membolehkan pesakit mendapat keadilan sewajarnya.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectProducts liability-
dc.subjectNegligence-
dc.titleLiabiliti pengeluar produk perubatan di Malaysia: cabaran pesakit sebagai pengguna-
dc.typeTheses-
dc.format.pages346-
dc.identifier.callnoC81.FAH 2015 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119674+Source01+Source01.2.PDF
  Restricted Access
566.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119674+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.