Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515502
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noor Aziah Haji Mohd. Awal, Prof. Madya. | - |
dc.contributor.author | Mohd. Al-Adib Samuri (P42428) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:55:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:55:36Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114376 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515502 | - |
dc.description | Kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang tetap menerima tindakan perundangan demi menegakkan keadilan. Terdapat dua jenis teori penghukuman iaitu pencegahan dan pemulihan yang digunakan oleh mahkamah di Malaysia dalam menghukum pesalah kanak-kanak. Kedua-duanya bercanggah dan berkonflik antara satu sama lain daripada aspek teori mahupun aplikasi. Kedua-dua teori ini juga yang mendasari beberapa perintah dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) yang sering menyebabkan Mahkamah Bagi Kanak-kanak berada di persimpangan sama ada untuk mengutamakan kepentingan awam ataupun kanak-kanak. Kajian ini telah mengkaji teori penghukuman terhadap pesalah kanak-kanak iaitu pencegahan dan pemulihan serta hukuman atau perintah yang tercetus daripadanya. Kajian juga meneliti teori penghukuman kanak-kanak dalam syariah yang cenderung kepada pemulihan dan mencadangkan teori ini diadaptasi untuk penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia. Kajian juga menganalisis sejauh mana majistret di Mahkamah Bagi Kanak-kanak mengaplikasikan teori penghukuman dalam setiap perintah terhadap pesalah kanak-kanak. Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu analisa kandungan dan temubual mendalam separa struktur. Analisis kandungan digunakan untuk membahaskan semua jenis teori dengan merujuk kepada material undang-undang sivil dan Islam. Temubual dengan sepuluh orang majistret dijalankan untuk mendapatkan maklumat bagi menilai sejauh mana teori penghukuman diaplikasikan di Mahkamah Bagi Kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa teori pemulihan adalah teori terbaik dalam menghukum pesalah kanak-kanak berbanding teori pencegahan. Perintah-perintah berasaskan teori pemulihan lebih efektif untuk mengelakkan kanak-kanak daripada residivisme dan memulihkan mereka. Di samping itu, teori pemulihan Islam dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan Akta 611. Kajian mencadangkan beberapa pindaan dibuat terhadap beberapa perintah dalam Akta 611 bagi mengutamakan kepentingan kanak-kanak dan mengembalikan aspirasi Akta itu kepada teori pemulihan. Kajian ini telah menyumbang kepada penerokaan bidang baharu iaitu konsep teori penghukuman bagi pesalah kanak-kanak dalam korpus perundangan Malaysia dan juga perundangan Islam. Kajian ini berpotensi untuk memberikan impak positif kepada sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia agar lebih mengutamakan kepentingan kanak-kanak.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Teori penghukuman bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 462 | - |
dc.identifier.callno | C32.ALA 2012 2 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002269(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114376+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.