Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515500
Title: | Liabiliti sivil peniaga terhadap barang di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 |
Authors: | Zeti Zuryani Mohd Zakuan (UKM Bangi) (P39573) |
Supervisor: | Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Liberalisasi Business law |
Issue Date: | 24-Jun-2011 |
Description: | Era globalisasi dan liberalisasi perdagangan menyaksikan kemunculan peluang-peluang dan cabaran baru. Antara peluang yang dibawa oleh liberalisasi perdagangan ialah pembukaan ekonomi dunia tanpa sempadan. Ia membuka peluang dan juga ruang kepada peniaga untuk memasarkan barang yang dikeluarkan secara bebas tanpa had ke seluruh dunia. Keterbukaan pasaran ini mengakibatkan pengguna terdedah kepada barang cacat dalam pasaran. Fenomena yang menjadikan pengguna mangsa proses liberalisasi perdagangan ini menimbulkan persoalan tentang peletakan liabiliti sivil peniaga terhadap barang dalam kerangka perundangan tempatan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 berhubung liabiliti sivil peniaga terhadap barang di Malaysia. Kajian ini merupakan satu kajian doktrinal yang mengguna pakai metode analisis kandungan, berpaksikan empat pendekatan utama iaitu sejarah, jurisprudens, perbandingan dan analisis dan kritis. Dapatan analisis yang dijalankan menunjukkan terdapatnya kepincangan pada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang terdiri daripada, (i) pemakaian dan pentafsiran di bawah Bahagian I dan Bahagian X; (ii) peruntukan substantif berhubung kait liabiliti sivil peniaga di bawah Bahagian V, VI, VII, dan X; serta (iii) akses kepada keadilan di bawah Bahagian XII. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa reformasi undang-undang secara pindaan kepada Akta Pelindungan Pengguna 1999 adalah diperlukan bagi memantapkan lagi undang-undang berkaitan liabiliti sivil peniaga terhadap barang di Malaysia.,Ph.D |
Pages: | 456 |
Call Number: | C23.ZET 2011 2 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85064+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.