Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515497
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalawati Mat Basir, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSaidatul Nadia Abd Aziz (P75352)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:55:35Z-
dc.date.available2023-10-16T08:55:35Z-
dc.date.issued2017-03-01
dc.identifier.otherukmvital:82589
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515497-
dc.descriptionDalam era liberalisasi, para pemimpin ASEAN telah bersetuju untuk menubuhkan satu komuniti bagi tujuan untuk menguatkan lagi kerjasama di antara negara anggota ASEAN. Komuniti Ekonomi ASEAN (KEA) adalah merupakan salah satu daripada 3 tunjang integrasi dalam Komuniti ASEAN. KEA yang merupakan inisiatif untuk memperkasakan kerjasama ekonomi di antara negara anggota ASEAN meletakkan objektif untuk mencapai satu pasaran dan pusat pengeluaran tunggal. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mencapai pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, modal dan tenaga mahir. Liberalisasi merupakan satu inisiatif untuk menarik lebih banyak pelaburan asing. Usaha dalam menghapuskan halangan tariff giat dilakukan oleh negara anggota, namun negara-negara anggota ASEAN masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam merealisasikannya. KEA dilihat dapat menjadi medium dalam menaikkan taraf pembangunan negara dalam rantau Asia Tenggara. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat banyak cabaran perundangan yang harus ditangani dalam usaha untuk merealisasikan KEA. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran perundangan yang dihadapi dalam mencapai pembangunan ASEAN dalam konteks KEA yang mana akan membongkar segala cabaran yang dihadapi dalam mencapai liberalisasi dan kesannya kepada pembangunan ASEAN. Perbincangan berdasarkan perbincangan tiga instrumen perundangan utama iaitu ASEAN Free Trade Agreement (AFTA) untuk pergerakan bebas barangan, ASEAN Framework Agreement on Services (AFAS) untuk ergerakan bebas perkhidmatan dan ASEAN Comprehensive Investment Agreement (ACIA) untuk pergerakan bebas pelaburan. Hasil kajian mendapati terdapat banyak kekurangan daripada segi perundangan seperti masalah undang-undang persaingan, perlindungan nasional kepada industri sensitif, masalah pemilikan tanah oleh warga asing, sikap keterbukaan yang melampau demi mendapatkan pelaburan asing sehingga menjejaskan hak rakyat serta implementasi lemah instrumen-intrumen undang-undang yang berkaitan. Implikasi daripada senario ini amat besar serta memberikan cabaran dalam mencapai pembangunan di negara-negara anggota ASEAN. Dalam usaha untuk menjayakan integrasi rantau dan menjadi sebuah komuniti ASEAN, timbul kewajaran kepada negara-negara anggota ASEAN untuk menangani segala cabaran perundangan yang timbul dalam KEA.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectKomuniti ekonomi ASEAN
dc.subjectCabaran perundangan
dc.subjectPembangunan ASEAN
dc.subjectKerjasama ekonomi
dc.subjectLiberasasi
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKomuniti ekonomi ASEAN 2015: cabaran perundangan dalam pembangunan ASEAN
dc.typeTheses
dc.format.pages265
dc.identifier.barcode00002177325(2016)
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82589+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.