Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515331
Title: Penilaian status pemuliharaan kawasan dilindungi menggunakan pendekatan ekologi landskap
Authors: Nur Hairunnisa Rafaai (P70007)
Supervisor: Saiful Arif Abdullah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penilaian pemuliharaan
Ekologi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Apr-2022
Description: Kawasan dilindungi tidak wujud secara terpencil kerana ia dihubungkan dengan persekitaran luarnya melalui aliran dan proses ekologi. Oleh itu, status pemuliharaan kawasan dilindungi juga dipengaruhi oleh keadaan di luar kawasan dilindungi tersebut. Status pemuliharaan kawasan dilindungi adalah tidak statik kerana pembangunan guna tanah kini masih berkembang pesat. Dengan itu, terdapat keperluan untuk memantau status pemuliharaan kawasan dilindungi pada masa hadapan bagi menambah baik strategi pemuliharaan sedia ada kawasan dilindungi itu. Terdapat pelbagai bentuk dan konteks penilaian status pemuliharaan kawasan dilindungi menyebabkan banyak salah faham serta kekeliruan dalam pengurusan pemuliharaan di kawasan dilindungi. Situasi ini disebabkan oleh ketiadaan satu sistem pengukuran piawaian contohnya indeks komposit yang dibangunkan pada tahap landskap untuk mengintegrasikan nilai pemuliharan di dalam dan luar kawasan dilindungi bagi menentukan status pemuliharan bersih di kawasan dilindungi tersebut. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk (i) membangunkan peta guna tanah / litupan tanah semasa dan masa hadapan di dalam dan luar kawasan dilindungi (ii) mengukur nilai pemuliharaan semasa dan masa hadapan di dalam dan luar kawasan dilindungi dan (iii) membangunkan indeks komposit nilai pemuliharaan semasa dan masa hadapan di dalam dan luar kawasan dilindungi untuk menentukan status pemuliharaan bersih kawasan dilindungi itu. Rezab Hidupan Liar Krau dan Tapak Ramsar Tasek Bera di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Tiga langkah utama yang dijalankan untuk mencapai objektif kajian. Pertama, peta guna tanah / litupan tanah dibangunkan menggunakan perisian ERDAS imagine ver 9.2 dan ArcGIS ver 10.1, manakala pemodelan perubahan guna tanah pada masa hadapan dibangunkan menggunakan perisian Land Change Modeler. Kemudian, nilai pemuliharaan diukur melalui indeks hemeroby, indeks pemecahan dan indeks persambungan. Akhir sekali, status pemuliharaan bersih kawasan dilindungi ditentukan dengan menggabungkan indeks komposit nilai pemuliharaan di dalam dan luar kawasan dilindungi dan dikelaskan kepada lima kategori: sangat kritikal, kritikal, sederhana, baik dan sangat baik. Hasil kajian menunjukkan kesemulajadian landskap di dalam dan luar Rezab Hidupan Liar Krau dan Tapak Ramsar Tasek Bera telah mengalami penurunan disebabkan oleh indeks hemeroby dan pemecahan yang semakin meningkat. Keadaan ini menyumbang kepada kehilangan tahap persambungan di dalam dan luar kawasan dilindungi tersebut. Seterusnya, indeks komposit nilai pemuliharaan lebih daripada 80% di dalam Rezab Hidupan Liar Krau pada tahun 2014 dan 2028 menunjukkan status pemuliharaannya adalah sangat baik. Namun, apabila indeks komposit nilai pemuliharaan yang kurang daripada 40% di luar diambil kira, status pemuliharaan bersih Rezab Hidupan Liar Krau adalah baik pada tahun 2014 dan sederhana pada tahun 2028. Indeks komposit nilai pemuliharaan bersih yang kurang daripada 30% pada tahun 2014 dan 2028 di Tapak Tapak Ramsar Tasek Bera menyumbang kepada status pemuliharaan bersih yang kritikal. Justeru, penilaian status pemuliharaan kawasan dilindungi yang komprehensif memerlukan integrasi nilai pemuliharaan di luarnya, serta pembangunan indeks komposit dapat membantu pembuat polisi untuk memahami hasil penilaian status pemuliharaan di samping dapat menyelaraskan sistem perancangan pemuliharaan dan pengurusan kawasan dilindungi di Semenanjung Malaysia.,Ph.D
Pages: 276
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130200+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.