Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515327
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChamhuri Siwar, Prof. Emeritus
dc.contributor.authorNurul Ashikin Alias (P83836)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:53Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:53Z-
dc.date.issued2021-11-21
dc.identifier.otherukmvital:127418
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515327-
dc.descriptionMalaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sinonim dengan kejadian banjir yang berlaku disebabkan oleh perubahan iklim dan aktiviti antropogenik. Kejadian bencana banjir pada tahun penghujung tahun 2014 merupakan salah satu peristiwa banjir besar yang berlaku di Malaysia semenjak dari tahun 1970. Objektif kajian ialah mengkaji tahap kemudahterancaman penghidupan lestari dan impak sosioekonomi yang dialami oleh komuniti terjejas banjir di Temerloh, Pekan dan Kuantan. Metodologi kajian menggunakan Kerangka Penghidupan Lestari (KPL) dengan mengambil Indeks Kemudahterancaman Penghidupan (IKP) digunakan bagi mengenalpasti dan mengukur tahap kemudahterancaman penghidupan lestari isi rumah terhadap perubahan iklim yang dihadapi oleh komuniti. Kajian ini turut mengukur kerugian dan kemusnahan yang dihadapi oleh komuniti terjejas dengan melihat sejauh mana kesan bencana banjir ke atas jumlah pendapatan isi rumah dan kerosakan harta benda terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang termasuk di bawah golongan B40. Kajian ini dijalankan di tiga daerah yang terjejas banjir di Pahang iaitu Temerloh, Pekan dan Kuantan dengan melibatkan 602 responden secara keseluruhannya. Data yang dikumpul daripada dokumen-dokumen agensi kerajaan dan temuduga oleh enumerator berdasarkan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan SPPS versi 21, Microsoft Excel dan QGIS 3.16. Hasil kajian mendapati responden di daerah Temerloh mempunyai nilai indeks kemudahterancaman penghidupan yang paling tinggi berbanding Pekan dan Kuantan. Selain itu penilaian impak banjir ke atas sosioekonomi juga menunjukkan bahawa komuniti di daerah Temerloh adalah paling terjejas teruk akibat banjir apabila kejadian tersebut memberikan kesan terhadap jumlah pendapatan isi rumah serta nilai kerosakan dan kemusnahan harta benda yang besar. Bagi analisis kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi banjir juga menunjukkan tingkah laku berlindung responden di Temerloh paling banyak dipengaruhi oleh profil demografi sosial responden. Manakala, persepsi langkah-langkah pencegahan sebelum dan selepas banjir pula memberikan nilai signifikan yang paling rendah di Temerloh berbanding dua daerah lain. Melalui kajian ini membolehkan pihak berkuasa memahami dengan lebih baik aspek kemudahterancaman dan impak sosioekonomi yang dihadapi oleh komuniti setempat yang terjejas banjir. Sekaligus, membolehkan pengurusan bantuan yang lebih bersistematik serta bersasar dapat diberikan kepada komuniti yang terdedah kepada risiko banjir. Disamping itu, hasil pemetaan kemudahterancaman kajian ini membolehkan pihak kerajaan merangka program pembangunan luar bandar dengan lebih baik lagi bagi meningkatkan kekentalan komuniti ini terhadap kemudahteracaman banjir. Bagi menambah baik kajian ini pada masa akan datang, seharusnya digabungkan bersama komponen unjuran peta risiko banjir yang lebih komprehensif bagi memberi gambaran awal tentang kebarangkalian risiko banjir di kawasan tertentu pada masa hadapan agar membolehkan perancangan yang lebih berkesan dilaksanakan,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectBanjir -- Pahang
dc.subjectSosioekonomi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemetaan kemudahterancaman dan impak banjir ke atas sosioekonomi komuniti di Pahang
dc.typeTheses
dc.format.pages298
dc.identifier.barcode006508(2021)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127418+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.