Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515322
Title: | Pembinaan indikator pelancongan hijau : kajian kes di Pulau Tioman, Pahang |
Authors: | Mohammad Rahmdzey Roly (P69638) |
Supervisor: | Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus |
Keywords: | Pelancongan hijau Pelancongan -- Malaysia Kelestarian -- Pulau Tioman Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Apr-2021 |
Description: | Pada masa kini sektor pelancongan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam memelihara dan memulihara kelestarian sumber alam sekitar bagi tujuan tarikan pelancongan. Ini kerana pembangunan yang pesat untuk memenuhi tuntutan permintaan daripada pelancong. Namun, membiarkan pembangunan pelancongan dan mengabaikan kelestarian alam sekitar merupakan suatu kesilapan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kriteria dan konsep baru yang dikenali sebagai pelancongan hijau. Selain itu, kajian ini mengkaji indikator yang memberi justifikasi kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menganalisis pengaruh faktor etika terhadap pelancongan hijau. Kajian ini penting kerana peranan indikator pelancongan hijau sebagai kayu pengukur dan pengaruh etika dapat memberi gambaran terhadap kelestarian sumber alam sekitar pelancongan Malaysia khususnya Pulau Tioman. Ini penting bagi melaksanakan suatu idea, polisi, program dan produk yang mesra alam. Kajian ini telah memilih Pulau Tioman sebagai destinasi kajian untuk pelaksanaan konsep pelancongan hijau kerana pulau ini telah dipilih sebagai Malaysia Mega Biodiversiti Hab (MMBH) sejak tahun 2011. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan kaedah PLS-SEM dengan perisian smartpls version 2.0 berdasarkan kepada data daripada 75 orang responden yang dijana melalui aplikasi G*Power version 3 dengan kadar respons sebanyak 83.3%. Kajian ini menunjukkan model dicadangkan mencapai tahap kesahan (validity) dengan nilai muatan melebihi 0.7 dan kebolehpercayaan (reliability) dengan nilai Composite Reliability (CR) melebihi 0.5 Keputusan kajian mendapati bahawa konstruk laten eksogen iaitu sumber alam sekitar, ekonomi, sosiobudaya, amalan persekitaran dan etika mempunyai hubungan yang positif terhadap pembentukan indikator Pelancongan hijau. Keputusan kajian ini memberi sumbangan bermakna kepada pembuat dasar dan polisi untuk merangka strategi yang lebih baik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di destinasi pelancongan. Selebihnya, pembangunan pelancongan haruslah menerapkan atau menggubal kriteria alam sekitar dalam agenda pembangunan pelancongan.,Ph.D. |
Pages: | 169 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124890+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.