Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515321
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNor Azilah Ahmad (P67223)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:49Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:49Z-
dc.date.issued2021-03-29
dc.identifier.otherukmvital:124879
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515321-
dc.descriptionImpian untuk menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai Ikon Bandar Teknologi Hijau Melaka bermula pada tahun 2010 dan ianya diharapkan dapat dijayakan sepenuhnya menjelang tahun 2030 nanti. Pemilihan strategi pelaksanaan Bandar Teknologi Hijau ini diyakini mampu menyerlahkan lagi kemodenan serta keindahan negeri Melaka ke serata dunia. Malah dengan jolokan nama baru sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau pasti merancakkan lagi peluang pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat. Kajian ini membincangkan tiga (3) aspek utama yang menjadi permasalahan kajian iaitu strategi baru yang ingin dilaksanakan, isu kesediaan golongan pelaksana serta isu penerimaan masyarakat yang menjadi sasaran strategi pelaksanaan tersebut. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor utama pembentukan dan keperluan pelaksanaan Bandar Teknologi Hijau, menjelaskan aspek-aspek perubahan dan respon masyarakat serta menganalisis dan mencadangkan strategi pelaksanaan dasar pembangunan Bandar Teknologi Hijau. Kajian ini lebih terarah kepada kajian jenis deskriptif dengan penggunaan kaedah campuran atau mixmethod, iaitu melalui kaedah analisis dokumen, temubual dan juga menggunakan instrumen soal selidik melibatkan seramai 308 orang responden bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor utama bagi menjayakan strategi sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan adalah berkaitan dengan faktor kehendak pemerintahan yang benar-benar komited terhadap pelaksanaan pembangunan negeri. Faktor ini dikaitkan dengan istilah perkataan Top Down Management selain daripada faktor kehendak politik itu sendiri. Malah faktor inisiatif kejayaan yang berkaitan dengan tindakan drastik kerajaan negeri yang telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau merancakkan lagi organisasi serta plan tindakan bagi menjayakan misi pelaksanaan bandar tersebut. Faktor ini seterusnya dikukuhkan lagi dengan faktor penentu kejayaan yang bersandarkan kepada petunjuk yang didapati melalui hasil soal selidik adalah berkaitan dengan faktor kepentingan visi dan misi sebanyak 76.6 % diikuti oleh faktor budaya organisasi sebanyak 70.5% dan faktor berkaitan dengan sikap terhadap perubahan yang diperlihatkan oleh masyarakat mendapati bahawa lebih 75% masyarakat dalam kawasan kajian menyatakan keinginan mereka untuk berubah ke arah pembangunan teknologi hijau dan, hanya lebih kurang 15% masyarakat yang menyatakan sikap tidak pasti dan sekitar 10% sahaja masyarakat yang tidak ambil peduli mengenai sikap terhadap perubahan ini. Seterusnya masyarakat juga bersetuju tentang pemilihan kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan berteraskan elemen teknologi hijau, di mana 89.9 % masyarakat menyatakan sikap positif mereka dan hanya sekitar 10.1% sahaja yang menyatakan sikap negatif mereka terhadap idea pelaksanaan Bandar Teknologi Hijau. Selain itu hebahan dan maklumat melalui pelbagai cara perlu disalurkan terus kepada masyarakat supaya masyarakat faham dengan kehendak dasar yang ingin dilaksanakan. Respon baik dalam kalangan masyarakat perlu diambil peduli khususnya dalam mengubah persepsi masyarakat ke arah penerimaan dasar baru, selain membentuk kerjasama bagi memudahkan misi menjayakan pembangunan berteraskan Bandar Berteknologi Hijau. Isu dan cabaran perlu di atasi serta strategi pelaksanaan perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa bagi merealisasikan kehendak pembangunan masa kini dan untuk keperluan generasi seterusnya.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectBandar teknologi hijau -- Melaka
dc.subjectMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya -- Melaka
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleStrategi pelaksanaan bandar teknologi hijau di kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka
dc.typeTheses
dc.format.pages215
dc.identifier.barcode004953(2020)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124879+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.