Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515314
Title: Penilaian hutan bandar dan sosial masyarakat untuk dayahuni bandar di Seremban, Negeri Sembilan
Authors: Nurfarahain Zainal (P80462)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hutan
Pembangunan
Karbon dioksida
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Apr-2021
Description: Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun yang sentiasa merancang untuk kehidupan yang lebih baik dan mewujudkan infrastruktur moden di kawasan bandar. Pokok-pokok di kawasan bandar ditebang untuk membangunkan bandar dan pembinaan jalan raya, lantas menyebabkan kawasan yang terdapat pokok-pokok di bandar ini menjadi kecil dan terpecah. Pengurangan pokok ini turut menyebabkan peningkatan pencemaran di bandar serta meningkatkan perlepasan jumlah karbon dioksida di udara. Lebih banyak karbon terperangkap di udara, maka lebih mudah untuk berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim. Oleh itu, pokok-pokok adalah sangat penting dalam mengimbangkan keadaan di kawasan bandar yang pesat membangun. Tujuan kajian ini adalah untuk menganggarkan jumlah karbon terkumpul oleh pokok-pokok dibandar Seremban, untuk menilai pokok-pokok tersebut dalam bentuk ekonomi berdasarkan aspek fizikal dan sosial serta mendapatkan maklumbalas masyarakat atau penduduk di bandar Seremban berkenaan kawasan hijau ini. Penilaian adalah berdasarkan Kaedah Thyer dan daripada kajian yang dilakukan terdapat 34 spesies pokok di kawasan kajian dan didapati spesies-spesies pokok di kawasan kajian mempunyai daya serapan karbon dioksida yang hampir sama namun terdapat spesies yang mempunyai nilai sekuestrasi karbon yang paling tinggi bagi tahun 2008 dan 2017 iaitu Vitex pinnata iaitu sebanyak 259.6287 tan/ha pada 2008 dan sebanyak 264.1355 tan/ha pada tahun 2017. Berdasarkan data yang diperolehi dan hasil kajian yang dibuat pada tahun 2008 dan 2017, dapat dilihat perbezaan jumlah karbon terkumpul dalam pokok yang berada di kawasan kajian di Seremban iaitu 17.93 tan/ha pada tahun 2008 dan 16.83 tan/ha pada tahun 2018 dimana pengurangan sebanyak 1.1 tan/ha selama 10 tahun. Spesies yang mendominasi kawasan kajian adalah Fragreae fragans dengan jumlah keseluruhan karbon terkumpul adalah 70.4434 tan/ha. Manakala spesies yang paling sedikit yang terdapat di kawasan kajian adalah Pongamia pinnata dengan jumlah karbon terkumpul sebanyak 68.8056 tan/ha. Kajian soal selidik dijalankan di Taman Tasik Seremban ke atas 496 responden bagi mendapatkan maklumbalas mereka terhadap kebaikan dan manfaat yang mereka perolehi sepanjang berada di taman dan fungsi taman rekreasi kepada kesejahteraan hidup mereka. Hasil analisis menunjukkan bahawa penduduk di kawasan bandar sangat menghargai kawasan hijau atau taman yang berada disekitar kediaman atau tempat kerja mereka dan berusaha untuk berkunjung dan menggunakan infrastruktur yang terdapat di taman berhampiran mereka sebaik mungkin walaupun terdapat banyak kekangan seperti kerja dan kesesakan lalu lintas. Wujudnya taman berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka menjadikan minda mereka lebih segar, badan lebih sihat dan kurang rasa tertekan. Data daripada kajian ini boleh digunakan oleh Majlis Perbandaran Seremban untuk merancang strategi bersesuaian dengan keperluan dan tanggapan umum bagi memelihara hutan bandar supaya kekal memberi fungsi sebagai penghawa dingin semulajadi, penyumbang kepada ekonomi bandar tersebut, kawasan yang berperanan penting dalam mewujudkan interaksi antara individu dari latar belakang sosial dan etnik yang berbeza serta sebagai outdoor gym kepada masyarakat dalam meningkatkan tahap kesihatan dan stamina mereka.,Ph.D.
Pages: 186
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.