Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515310
Title: Pembangunan indeks bandar lestari bagi bandar-bandar utama di Malaysia
Authors: Choon Shay Wei (P31560)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof Emeritus
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic -- Malaysia
City planning -- Malaysia -- Evaluation
Issue Date: 30-Mar-2010
Description: Proses urbanisasi dan perindustrian telah mencetus kemunculan bandar-bandar besar seperti ibu negara iaitu Kuala Lumpur dan ibu-ibu negeri di Malaysia. Pembangunan yang sepatutnya membawa keharmonian kepada masyarakat turut juga membawa pelbagai masalah ekologi, kesihatan dan sosial kepada penduduk. Konsep bandar lestari sentiasa diperdebatkan. Pelbagai penunjuk ekonomi, sosial, alam sekitar dan institusi telah dibangunkan dan digunakan untuk menilai tahap kelestarian di Malaysia. Walau bagaimanapun, penunjuk-penunjuk tersebut telah dibangunkan secara berasingan akibat kurang inisiatif untuk menggabungkan penunjuk-penunjuk daripada pelbagai sektor menjadi satu indeks terintegrasi, sedangkan isu-isu kelestarian saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kriteria, penunjuk dan indeks bagi menilai kelestarian di bandar-bandar utama Malaysia. Kesejahteraan manusia dan kesejahteraan alam sekitar merupakan dua kriteria utama yang dicadangkan. Dua kriteria ini dibahagikan kepada empat subkriteria iaitu kecekapan ekonomi, keharmonian sosial, keseimbangan ekologi serta pengurusan dan perkhidmatan alam sekitar. Sebanyak 30 penunjuk bandar lestari telah dikenalpasti memenuhi kriteria tersebut. Kerja pengumpulan data adalah berasaskan rangka kerja penunjuk yang telah dibangunkan. Data-data diproses mengikut kaedah pemiawaian, imputasi, pemberat dan agregasi yang dipilih. Analisis sensitiviti dijalankan untuk menguji sejauh mana indeks komposit yang dibangunkan bergantung kepada andaian yang disediakan. Seterusnya, indeks bandar lestari diaplikasikan ke atas bandar-bandar utama di Malaysia dan hasil kajian dianalisis. Hasil kajian telah menunjukkan julat skor indeks berada di antara 0.45 hingga 0.72, dan skor yang lebih dekat kepada 1 menunjukkan tahap kelestarian yang lebih tinggi. Indeks bandar lestari tidak sensitif kepada peringkat agregasi, kaedah imputasi dan kaedah penentuan pemberat. Beberapa strategi-strategi dicadangkan untuk memajukan tahap kelestarian di bandar-bandar Malaysia. Ini termasuk pembangunan unit bandar lestari di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan, pengenalan kursus ilmu kelestarian dan latihan-latihan praktikal serta memajukan kerja pengumpulan data melalui penyertaan pihak berkepentingan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 258
Call Number: HC79.E5.C494 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
44.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.