Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515309
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chamhuri Bin Siwar, Profesor Emeritus | - |
dc.contributor.author | Mohd. Kher Hussein (P42342) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:44Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:44Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120741 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515309 | - |
dc.description | Di Malaysia, hutan rekreasi mengalami perubahan ketara selari dengan kepesatan pembangunannya sebagai kawasan rekreasi dan eko-pelancongan negara. Kepesatan pembangunan tersebut telah memberi kesan ke atas kelestarian hutan rekreasi termasuk landskapnya. Situasi ini disebabkan oleh dua isu utama iaitu isu pembangunan dan pengurusan yang membawa kepada keadaan hutan rekreasi yang terbiar. Memandangkan isu-isu tersebut dipengaruhi oleh manusia dan/atau pemikiran mereka, maka memahami bagaimana masyarakat melihat kedua-dua faktor berkenaan adalah penting. Dalam konteks ini, kajian persepsi dijalankan dengan objektif untuk mendapatkan apakah kemahuan dan keperluan pihak berkepentingan (i.e pihak pengurusan hutan rekreasi, pengunjung dan masyarakat setempat) dalam pembangunan dan pengurusan landskap hutan rekreasi untuk kelestariannya. Kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu temubual, dan soalselidik terhadap tiga pihak berkepentingan tersebut serta pemerhatian lapangan. Didapati pembangunan landskap hutan rekreasi masih tidak memenuhi kriteria-kriteria kelestarian yang digariskan ekoran daripada ketiadaan pelan perancangan pembangunan landskap keseluruhan dan dibangunkan mengikut keperluan, kehendak pengguna dan adhoc. Faktor yang paling mempengaruhi persepsi adalah faktor kerjasama pakar diikuti oleh faktor penyelenggaraan landskap, penglibatan penduduk setempat dan perancangan pembangunan. Perbezaan persepsi yang signifikan (p<0.05) antara pihak berkepentingan adalah disebabkan oleh perbezaan pendirian, pengetahuan rendah mengenai hutan rekreasi dan eko-pelancongan, tanggapan berbeza terhadap perancangan yang dilaksanakan dan berbeza dalam bidang pekerjaan. Melalui dapatan ini, penyelesaian kepada isu dan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dan pengurusan landskap hutan rekreasi dapat ditawarkan. Maka, adalah dicadangkan agar kajian persepsi sebagai jaringan untuk diintegrasikan ke dalam sistem perancangan pembangunan dan pengurusan yang komprehensif landskap hutan rekreasi sebagai satu keperluan ke arah kelestariannya dapat dilaksanakan dengan segera dan diimplementasikan secara berterusan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertation, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Forest landscape management -- Malaysia | - |
dc.title | Persepsi pihak berkepentingan terhadap pembangunan dan pengurusan landskap hutan rekreasi di Selangor, Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 277 | - |
dc.identifier.callno | SD387.L35M84 | - |
dc.identifier.barcode | 002837 (2012) | - |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120741+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.