Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515306
Title: Pendekatan pengurusan sumber air bersepadu di Malaysia :kajian kes di Lembangan Sungai Pahang
Authors: Tan Kok Weng (P41985)
Supervisor: Mazlin Mokhtar, Prof Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Integrated water development-Pahang-Sungai Pahang
Water resources development-Pahang-Sungai Pahang
Issue Date: 10-May-2012
Description: Pertumbuhan ekonomi, peningkatan populasi, perubahan iklim dan penggunaan sumber air yang kurang lestari telah mewujudkan tekanan terhadap permintaan sumber air. Konsep Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) telah dicadangkan dalam pelbagai persidangan antarabangsa untuk menghadapi cabaran pembangunan lestari yang semakin rumit dalam sektor air. Bagi mencetuskan pelaksanaan IWRM, strategi yang bersesuaian perlu dibangunkan untuk mengatasi isu sumber air ke arah pencapaian satu etika baru dalam pembangunan lestari di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti sistem pengurusan dan isu air tempatan bagi Cameron Highlands, Tasik Chini dan Kuala Pahang yang terletak di Lembangan Sungai Pahang. Berdasarkan isu air, rancangan strategik IWRM bagi Cameron Highlands telah dibangunkan di mana merangkumi elemen IWRM. Kajian ini juga membangunkan satu set penunjuk bagi mengukur prestasi pelaksanaan IWRM di kawasan Cameron Highlands. Kajian ini telah dijalankan melalui empat kaedah utama iaitu kajian perpustakaan, lawatan lapangan, soal selidik dan analisis statistik (Analisis Diskripsi dan Analisis Faktor Utama). Sejumlah 17 pegawai dari agensi Negeri Pahang iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Bekalan Air, Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Daerah Pekan telah ditemubual bagi mengenalpasti isu sumber air. Selain itu, sebanyak 106 responden dari Cameron Highlands, 44 responden dari Tasik Chini dan 96 responden dari Kuala Pahang telah disoal selidik. Berdasarkan hasil kajian perpustakaan dan soal selidik, kajian ini telah mengenalpasti tiga isu sepunya bagi ketiga-tiga kawasan kajian iaitu hakisan tanah, kesedaran komuniti yang rendah dalam isu penjagaan sumber air, perancangan dan pembangunan tanah yang tidak lestari. Tedapat juga dua belas isu spesifik bagi Cameron Highlands, tujuh isu spesifik bagi Tasik Chini, dan enam isu spesifk bagi Kuala Pahang yang turut dikenalpasti. Seterusnya, kajian ini turut membangunkan rangka Rancangan Strategik IWRM dengan mengambil kira pendapat dari wakil pihak berkepentingan melalui dua bengkel perundingan yang telah diadakan pada 4-6 Desember 2008 dan 5-7 November 2009. Rancangan Strategik yang dicadang mengandungi enam strategi, lima belas aktiviti utama dan dua belas petunjuk untuk menangani isu sumber air serta mengukur prestasi pelaksanaan IWRM di Cameron Highlands. Kerajaan Malaysia telah mengamal pendekatan atas-bawah dan sektoral dalam sistem pengurusan sumber air di Lembangan Sungai Pahang. Pihak bukan kerajaan seperti NGOs dan pertubuhan komuniti tempatan telah dikenalpasti sebagai pihak sokongan dalam pelaksanaan program kesedaran kepentingan alam sekitar, penyelidikan dan pembangunan sumber air. Oleh itu, rangka institusi dan peranan pihak berkepentingan yang jelas adalah penting untuk mengatasi kekangan pelaksanaan IWRM dari segi objektif, tanggungjawab dan kuasa pelaksanaan. Selain itu, kewujudan badan komuniti tempatan - REACH di Cameron Highlands telah membuktikan bahawa penglibatan penduduk setempat akan dapat mempertingkatkan kecekapan malahan memudahkan pelaksanaan program berkaitan IWRM,Tesis ini tiada Pengakuan tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 371
Call Number: TC513.M32T367 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120516+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.