Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515303
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Samad Abdul Hadi, Prof. Emeritus Dato’ Dr. | |
dc.contributor.author | Mashita Abdul Jabar (P40534) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:43Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:43Z | - |
dc.date.issued | 2020-06-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120014 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515303 | - |
dc.description | Tesis ini membincangkan kesesuaian hutan lipur sebagai produk ekopelancongan dan keterlibatan komuniti tempatan dalam pembangunan ekopelancongan di Negeri Pahang, menggunakan kajian kes komuniti tempatan di FELDA Jengka 25 berdekatan dengan Hutan Lipur Gunung Senyum. Kajian dibuat untuk memenuhi empat (4) objektif iaitu i) mengenal pasti kesesuaian ekopelancongan hutan lipur di Negeri Pahang, ii) mengkaji tanggapan komuniti dan tahap keterlibatan komuniti tempatan terhadap aktiviti ekopelancongan di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang, iii) menjelaskan faktor yang mempengaruhi keterlibatan komuniti tempatan, dan iv) mencadangkan strategi penambahbaikan untuk menggalakkan keterlibatan komuniti tempatan di dalam aktiviti berkaitan ekopelancongan di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang. Pendekatan kajian kes digunakan bagi membolehkan penyelidikan dijalankan secara mendalam di peringkat komuniti di mana kajian ini menelusuri pandangan daripada perspektif komuniti tempatan, pembuat keputusan dalam komuniti, pengusaha ekopelancongan, dan agensi kerajaan serta penggunaan pelbagai kaedah mengumpul data seperti analisis dokumen, soal selidik dan temu bual. Kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dihasilkan dari teknik ini dianalisis, diintegrasikan dan dibandingkan, dan digunakan untuk melengkapkan satu sama lain. Analisis dokumen kerajaan, jurnal, dan buku digunakan bagi menilai ciri-ciri ekopelancongan ke atas hutan lipur. Sebanyak 102 soal selidik telah dilengkapkan oleh komuniti untuk mengkaji tanggapan dan keterlibatan mereka. Sementara itu, temu bual dipraktikkan untuk mengetahui perspektif ekopelancongan dan keterlibatan komuniti daripada perspektif key informant pihak yang terlibat secara langsung seperti pentadbir, pegawai kerajaan, dan ketua komuniti. Berdasarkan penemuan yang diperolehi dari pelbagai kaedah, kajian ini menyimpulkan bahawa hanya lima (5) daripada 27 buah hutan lipur negeri Pahang memenuhi ciri-ciri ekopelancongan dan berpotensi untuk dimajukan sebagai produk ekopelancongan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tanggapan komuniti terhadap impak ekopelancongan daripada aspek ekonomi, alam sekitar, dan sosial turut mempengaruhi keterlibatan mereka. Kajian turut mengesahkan komuniti tempatan ada memainkan peranan dalam merebut faedah daripada pembangunan ekopelancongan Hutan Lipur Gunung Senyum seperti mengusahakan homestay, terlibat dalam penyediaan makanan, persembahan budaya tradisional, dan kraftangan. Manakala keterlibatan komuniti dalam proses membuat keputusan adalah pada tahap berganjaran (tokenism) berdasarkan Tipologi Tosun dan penglibatan komuniti masih berada pada tahap rendah. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa untuk merealisasikan penglibatan komuniti tempatan dalam ekopelancongan di Hutan Lipur Gunung Senyum, adalah penting untuk mengatasi halangan di atas secara khusus melalui sokongan pihak kerajaan yang merangkumi struktur tadbir urus yang teratur, kemudahan akses kewangan, dan memperkasakan komuniti. Hasil kajian ini telah memperluas pengetahuan yang ada mengenai penglibatan komuniti tempatan khasnya dalam ekopelancongan hutan lipur di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hutan Lipur Gunung Senyum Pahang | |
dc.subject | Ekopelancongan | |
dc.subject | Komuniti tempatan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penglibatan komuniti setempat dalam ekopelancongan: kajian kes Hutan Lipur Gunung Senyum Pahang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 220 | |
dc.identifier.barcode | 004743(2020) | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120014+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.