Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515302
Title: Mengarusperdana pemuliharaan biodiversiti daratan ke dalam dasar pembangunan fizikal di Semenanjung Malaysia.
Authors: Khairus Masnan Abdul Khalid (P48016)
Supervisor: Saiful Arif Abdullah, Prof.
Keywords: Biodiversiti
Dasar pembangunan fizikal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 3-Oct-2013
Description: Laporan Millennium Ecosystem Assessment pada tahun 2005 menyatakan dunia sedang menghadapi krisis keterancaman biodiversiti yang membimbangkan disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kemusnahan habitat dan fragmentasi pentadbiran dalam mengurus biodiversiti. Bagi mengatasi permasalahan ini Konvensyen Kepelbagaian Biologi telah meminta negara-negara peserta mengarusperdana pemuliharaan biodiversiti ke dalam dasar pembangunan negara masing-masing. Sebagai negara peserta Konvensyen, Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk mengarusperdana pemuliharaan biodiversiti ke dalam dasar pembangunan melalui Rancangan Malaysia ke-10. Walau bagaimanapun mengarusperdana merupakan konsep baru yang belum difahami sepenuhnya terutamanya oleh pembuat dasar. Sehubungan itu, kajian ini merupakan satu kajian tinjauan (exploratory research) bermatlamat untuk mengenal pasti ciri proses mengarusperdana dan faktor penyumbangnya serta membangunkan kerangka institusi mengarusperdana dalam konteks pembangunan di Malaysia. Dalam mencapai matlamat tersebut, kaedah kualitatif digunakan dengan empat kajian kes telah dipilih iaitu Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara dan Rancangan Fizikal Negara untuk kajian di peringkat penggubalan dasar manakala projek pemuliharaan Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara dan projek pembinaan viaduct sebagai kajian kes di peringkat perlaksanaan dasar. Kajian literatur yang dijalankan merumuskan mengarusperdana pemuliharaan biodiversiti ialah apabila dasar pemuliharaan biodiversiti diintegrasi dan dipertimbangkan dalam perancangan dan perlaksanaan dasar pembangunan. Proses mengarusperdana dikelaskan kepada tiga tahap dan tahap yang terbaik ialah pada tahap tiga apabila dasar biodiversiti memandu perancangan dasar pembangunan. Hasil kajian-kajian kes menunjukkan Malaysia telah pun mempunyai rangka institusi dan instrumen mengarusperdana. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya proses mengarusperdana di Malaysia berada pada tahap dua iaitu pada tahap sederhana. Untuk meningkatkan tahap keupayaan mengarusperdana dalam konteks Malaysia, terdapat enam prinsip utama iaitu meningkatkan komitmen politik, memperkasakan rangka institusi multi skala, memperkemaskan koordinasi dua hala, menginstitusikan pengumpulan data biodiversiti dan mekanisme kewangan serta memperkukuhkan program kesedaran. Enam prosedur mengarusperdana juga dikenal pasti dalam memenuhi prinsip-prinsip yang digariskan. Berdasarkan kepada prinsip dan prosedur tersebut, kajian ini mencadangkan pembentukan sekretariat bersama merangkumi Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara dan Majlis Perancangan Fizikal Negara dan pewujudan Protokol Mengarusperdana serta menginstitusikan pengumpulan maklumat biodiversiti dan mekanisme kewangan bagi memperkukuhkan keupayaan negara mengarusperdana pemuliharaan biodiversiti dalam mencapai pembangunan lestari.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah.,Ph.D
Pages: 300
Call Number: QH77.M4K483 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119218+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
478.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.