Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515297
Title: Kajian impak terhadap kemudahterancaman, pembasmian kemiskinan dan penghidupan lestari Projek Agropolitan Gahai, Lipis, Pahang, Malaysia
Authors: Mohd Khairi Ismail (P80463)
Supervisor: Chamsuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Poverty -- Malaysia
Rural poor -- Malaysia
Urban poor -- Malaysia
Malaysia Malaysia -- Economic conditions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Sep-2019
Description: Meskipun kadar kemiskinan Malaysia telah berkurang, masih terdapat golongan yang mengalami kemiskinan tegar khususnya di kawasan luar bandar. Projek agropolitan di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) merupakan program bermatlamatkan membasmi kemiskinan tegar serta mempercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar. Pencapaian projek agropolitan di nilai menerusi sejauh mana ia membantu peserta untuk keluar daripada kemiskinan tegar dan diukur menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Walau bagaimanapun PGK hanya mengambil kira pendapatan dan penggunaan dan tidak mengambil kira aspek bukan wang seperti keadaan tempat tinggal, kemudahan asas dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengkaji impak pelaksanaan projek ini kepada peserta dalam membasmi kemiskinan dan ke arah penghidupan lestari. Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (IKPD) digunakan untuk mengukur kemiskinan dalam kajian ini di samping penggunaan PGK. Kajian ini turut membandingkan kemiskinan dan penghidupan lestari antara peserta projek agropolitan dan bukan peserta dalam menghuraikan impak pelaksanaan projek agropolitan. Kajian mengguna pakai Kerangka Penghidupan Lestari (KPL), dijalankan di Projek Agropolitan Gahai, Lipis, Pahang dan melibatkan 45 peserta Projek Agropolitan Gahai dan 45 pekebun kecil Kampung Tanjung Gahai. Data kajian diperoleh menerusi pengedaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 dan Microsoft Excel. Kajian menunjukkan Projek Agropolitan Gahai mampu membasmi kemiskinan dan menyumbang kepada penghidupan lestari. Pengiraan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (IKPD) menunjukkan peserta Projek Agropolitan Gahai, Lipis tidak mengalami kemiskinan pelbagai dimensi. Selain itu, peserta Projek Agropolitan Gahai turut bebas daripada kemiskinan tegar dan mengalami peningkatan pendapatan dalam tempoh lima tahun dalam tempoh menyertai Projek Agropolitan Gahai. Analisis kemiskinan menunjukkan keadaan kemiskinan berbeza bagi pekebun kecil Kampung Tanjung Gahai, Lipis. Terdapat 4.4 peratus responden dikategorikan sebagai miskin pelbagai dimensi. Dari aspek penghidupan lestari, hasil kajian menunjukkan peserta Projek Agropolitan Gahai mengalami kemudahterancaman yang tinggi berbanding pekebun kecil Kampung Tanjung Gahai. Analisis pemilikan aset pula menunjukkan peserta Projek Agropolitan Gahai mempunyai pemilikan aset lebih baik berbanding pekebun kecil Kampung Tanjung Gahai. Analisis model regresi penentu pendapatan bagi peserta Projek Agropolitan Gahai dan pekebun kecil Kampung Tanjung Gahai menunjukkan aset kewangan merupakan faktor penting mempengaruhi pendapatan. Berdasarkan hasil kajian ini, terdapat beberapa cadangan bagi implikasi dasar bagi peserta atau bukan peserta projek agropolitan iaitu mempertimbangkan Kerangka Penghidupan Lestari (KPL) dalam pembangunan luar bandar, penggunaan IKPD sebagai pelengkap kepada PGK dan pelaksanaan dasar pemisah (exit policy) bagi peserta-peserta Projek Agropolitan Gahai.,Ph.D.
Pages: 337
Call Number: HC445.5.Z9M847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117880+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.