Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515277
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Halimaton Saadiah Hashim, Datin Paduka Dr. | |
dc.contributor.author | Intan Afida Mohamad Amin (P66187) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:22Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:22Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:109521 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515277 | - |
dc.description | Kualiti maklumat dalam perancangan tapak pembangunan bagi pengurangan risiko banjir dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) yang disediakan oleh perancang bandar telah menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pihak berkuasa tempatan, termasuk di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Oleh kerana daerah Gombak berpotensi untuk mengalami banjir pada setiap tahun, maka maklumat mengenai perancangan tapak pembangunan yang disediakan oleh perancang bandar dalam LCP perlu mengambil kira aspek pengurangan risiko banjir. Perancang bandar akan merujuk kepada lima instrumen perancangan bandar untuk membantu mereka menyediakan LCP. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kualiti maklumat dalam perancangan tapak pembangunan bagi pengurangan risiko banjir dalam LCP yang telah diterima oleh MPS bagi tahun 2012 hingga 2014 dan dalam lima instrumen perancangan bandar yang digunakan oleh perancang bandar dalam menyediakan LCP tersebut. Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji pendapat perancang bandar terhadap kualiti maklumat dalam perancangan tapak pembangunan bagi pengurangan risiko banjir yang terdapat dalam lima instrumen perancangan bandar yang digunakan oleh mereka bagi menyediakan LCP tersebut. Enam protokol pengekodan digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan daripada 128 LCP dan lima instrumen perancangan bandar. Borang soal selidik juga diberikan kepada 60 orang perancang bandar. Analisis telah mendapati 82.4% maklumat adalah berkualiti rendah dan 16.2% maklumat berkualiti sederhana rendah dalam 128 LCP manakala 56.7% maklumat adalah berkualiti rendah dan 27.2% maklumat adalah berkualiti sederhana rendah dalam lima instrumen perancangan bandar. Responden berpendapat maklumat mengenai perancangan tapak pembangunan bagi pengurangan risiko banjir dalam lima instrumen perancangan bandar adalah tidak mencukupi; tidak mencakupi pelbagai aspek; dan tidak dijelaskan dengan terperinci. Kajian ini menyumbang kepada badan ilmu khususnya perancangan tapak pembangunan dan pengurangan risiko banjir, penilaian kualiti maklumat oleh pengguna maklumat dan metodologi kajian; kepada amalan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia; kepada profesion lain yang terlibat dengan industri pembinaan; dan kepada pembentukan persekitaran kehidupan masyarakat yang lebih berdaya tahan terhadap risiko banjir,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Building sites -- Planning | |
dc.subject | Architecture -- Environmental aspects | |
dc.subject | Flood control -- Malaysia | |
dc.subject | Drainage -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kualiti maklumat dalam perancangan tapak pembangunan bagi pengurangan risiko banjir. Kajian kes: Majlis Perbandaran Selayang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 378 | |
dc.identifier.callno | NA2540.5.I553 2019 tesis | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109521+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.