Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515275
Title: | Penilaian landskap persekitaran kampung tradisional Melayu Langkawi ke arah pemuliharaan warisan |
Authors: | Azman A Rahman (P49095) |
Supervisor: | Shaharuddin Mohamed Ismail, Dato' |
Keywords: | Villages -- Malaysia Malays (Asian people) -- Dwellings -- Malaysia Dwellings -- Malaysia Malaysia -- Rural conditions Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Mar-2019 |
Description: | Peningkatan industri pelancongan serta penawaran kepada guna tanah yang tinggi untuk pembangunan di Pulau Langkawi secara tidak langsung telah menyebabkan tanah perkampungan terjejas. Beberapa kawasan kampung telah ditebus guna bagi menampung permintaan pembangunan kawasan perumahan dan pelancongan. Pulau Langkawi merupakan pulau pelancongan yang mempunyai aset bersumberkan landskap semulajadi yang memberikan pandangan estetik dengan landskap kampung yang indah serta warisan tabii biologi dan geologi yang unik. Pembinaan sesebuah kampung Melayu secara tradisionalnya melalui beberapa aspek iaitu pembinaan, perletakan dan persekitaran secara tersusun dan terancang. Manakala, tipologi rumah tradisional Melayu merangkumi tiga elemen iaitu bahan binaan, seni bina dan struktur ruang (persekitaran). Bahan binaan rumah daripada kayu dan menpunyai ukiran yang memberikan perlambangan peradaban Melayu. Manakala, struktur ruang (spatial) seperti ruang di hadapan rumah sebagai ruang komuniti bagi aktiviti sosial. Landskap persekitaran kampung dikelilingi sawah padi, pokok buah-buahan serta kedudukannya berhampiran dengan kawasan bukit dan berhutan. Kepentingan pengekalan dan pemuliharaan landskap perkampungan sebagai perkhidmatan alam sekitar yang menyumbang kepada kelestarian landskap tradisional kampung Melayu, dapat meningkatkan pemahaman tentang budaya Melayu dalam seni bina landskap dan pembangunan landskap tempatan berdasarkan identiti bangsa Melayu. Namun pada masa kini, rumah telah dibina di atas tanah secara individu, deretan atau teres. Pembinaan rumah Melayu pada masa sekarang telah banyak menggunakan bahan binaan daripada konkrit dan simen menyebabkan elemen reka bentuk dan seni bina yang membawa identiti kepada landskap tradisional kampung Melayu semakin hilang nilai kesenian Melayu. Walau bagaimanapun, masih kelihatan landskap kampung tradisional Melayu di beberapa kawasan seperti di Mukim Ulu Melaka, namun usaha harus dipertingkatkan untuk mengekalkan dan pemuliharaan landskap kampung terus tidak hilang di Alam Melayu ini. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti karakter landskap kampung tradisional Melayu, membina atribut landskap kampung tradisional Melayu untuk pengekalan dan pemuliharaan landskap perkampungan, mentaksir kesanggupan membayar (WTP) dalam kalangan pengunjung untuk pengekalan dan pemuliharaan landskap perkampungan sebagai perkhidmatan alam sekitar dan mencadang penunjuk dalam kelestarian pembangunan landskap tradisional kampung Melayu bagi faedah sosial dan kesejahteraan masyarakat tempatan. Pendekatan kajian adalah berdasarkan data primer melalui 456 responden di lapangan dan data sekunder daripada kajian literatur mengenai landskap tradisional Melayu. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa lima atribut yang menjadi elemen landskap kampung tradisional Melayu di Langkawi iaitu; i) perubahan landskap dan akses, ii) elemen reka bentuk Melayu, iii) elemen seni bina rumah tradisional Melayu, iv) karakter persekitaran kampung dan v) nilai sosio budaya. Karakter identiti landskap kampung tradisional Melayu yang biasanya dikelilingi dengan sawah padi, kolam ikan, kebun dan ladang yang berasaskan aktiviti pertanian. Identiti tradisional Melayu yang masih lagi terpahat adalah alam bina struktur rumah, pangkalan, jelapang, madrasah, masjid atau surau. Bahan binaan rumah tradisional Melayu berasaskan sumber semulajadi seperti kayu, tanah, buluh dan seumpamanya, merupakan elemen tradisional dalam seni bina rumah Melayu harus dikekal dan dijagai untuk meneruskan kesinambungan warisan demi genarasi kini dan masa depan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. |
Pages: | 208 |
Call Number: | HN700.6.A8A996 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109149+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.