Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515273
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Samad Hadi, Prof. Emeritus Dato’ Dr.
dc.contributor.authorNoraziah binti Abdul Aziz (P29450)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.issued2013-04-04
dc.identifier.otherukmvital:74777
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515273-
dc.descriptionTesis ini cuba merungkai dayahuni bandar terancang. Negara ini telah lama membangunkan bandar berlandaskan kepada dasar-dasar pembangunan, tetapi masih terdapat rungutan mengenai persekitaran bandar. Bagi melihat permasalahan ini secara empirikal kajian telah memilih Bandaraya Shah Alam yang dirancang sebagai sebuah ibu negeri bagi Negeri Selangor sebagai kes kajian, serta mengambil konsep urbanisma baru dan menggarap idea Kevin Lynch (1960) ke dalam kajian. Kajian ini didasari oleh empat objektif kajian. Pertama, meneliti dan mengkaji konsep bandar yang berdayahuni bagi membangunkan ciri bandar yang berdayahuni untuk dioperasikan oleh kajian. Kedua, mengenalpasti dan menganalisis elemen fizikal bentuk Bandaraya Shah Alam. Ketiga, menganalisis peranan peneraju dalam pembangunan dan pengurusan bandar dan keempat adalah menganalisis pandangan penduduk mengenai ciri dayahuni bandar dan pengaruh faktor sosio-ekonomi. Secara prinsipnya bandar yang berdayahuni adalah sebuah bandar yang berkeupayaan untuk memenuhi kesemua keperluan asas dan citarasa penduduk yang mendiami bandar tersebut. Konsep bandar berdayahuni ini didokongi oleh empat komponen utama iaitu persekitaran bandar yang menyenangkan, penduduk yang aman, ekonomi yang makmur, dan pengurusan bandar yang cekap dan sentiasa menyokong keperluan penduduk. Bandar yang berdayahuni dilihat sebagai cara lain untuk mengatakan bandar tersebut adalah sebuah bandar yang mampan. Beberapa peringkat analisis dijalankan mengikut kriteria laluan, tepian, daerah, nodus dan mercu tanda. Secara umumnya didapati persekitaran fizikal Bandar Shah Alam adalah baik dan memuaskan, bermaksud bandar ini memiliki ciri-ciri bandar yang berdayahuni. Seterus kajian menerokai pandangan pihak yang membangunkan bandar terdiri daripada pemimpin, pengurus bandar dan pemaju, dan pihak yang menerima hasil pembangunan tersebut iaitu penduduk. Pihak yang membangunkan bandar ditemubual, diurus dan dianalisis secara kuantitatif mendapati peranan mereka berbeza-beza mengikut fasa pembangunan bermula dari peringkat konsep, peringkat mendirikan bangunan sehinggalah aktiviti dipantau dan diselenggara. Kesemua mereka berhasrat dan berharap supaya pembangunan bandar ini membanggakan mereka dan memuaskan masyarakat yang menghuni bandar ini. Manakala pandangan penduduk dicerap melalui kajian soal-selidik ke atas 202 responden berlandaskan kepada enam ciri utama konsep bandar berdayahuni iaitu; keselesaan, keselamatan, semangat kekitaan, kekentalan budaya, kemakmuran ekonomi dan kesihatan yang diperincikan lagi kepada 21 sub-ciri. Hasil soal-selidik mendapati indeks dayahuni berada di tahap yang tinggi iaitu 85.6%. Analisis ujian perhubungan (korelasi) mendapati ciri-ciri dayahuni ini adalah berkaitan, tetapi ciri keselesaan adalah yang paling signifikan. Manakala analisis terperinci ciri dayahuni mendapati faktor kemampuan hidup lebih kuat mempengaruhi ciri dayahuni sesebuah bandar. Dari perspektif Bandaraya Shah Alam di mana bentuk bandarnya berkualiti dan majoriti penduduknya berpendidikan dan berkemampuan, terdapat nilai-nilai sosial dan gaya hidup yang sangat dinamik menyumbang kepada ciri-ciri dayahuni bandar ini. Bagi memastikan dayahuni bandar sentiasa berada di tahap memuaskan perlu ada imbangan di antara keperluan penduduk dan kualiti bentuk bandar yang membawa kepada perlunya hubungan harmoni, kerjasama, sifat bertolak ansur, memberi, menerima dan menampung kehendak di antara peneraju dan masyarakat bandar.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectBandar terancang
dc.subjectKajian kes
dc.subjectShah Alam
dc.subjectCity Planning -- Malaysia -- Selangor -- Shah Alam -- Case studies
dc.titleDayahuni bandar terancang : kajian kes Shah Alam
dc.typeTheses
dc.format.pages267
dc.identifier.callnoHT169.M4.N646 2013
dc.identifier.barcode000299
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74777+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.