Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515272
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Rizal Razman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSytty Mazian Mazlan (P80184)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.issued2018-02-09
dc.identifier.otherukmvital:109140
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515272-
dc.descriptionKajian ini tertumpu kepada perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman di Malaysia yang melibatkan kerjasama pihak berkepentingan yang pelbagai dan berstruktur. Dua pendekatan telah dikaji berhubung denga perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu pendekatan holistik dan reduktionisme. Kaedah kajian ini melibatkan orientasi kualitatif. Maka, kaedah kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data dan maklumat melibatkan kajian kes isu kualiti udara dalaman dengan menganalisis empat dokumen utama berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman. Temubual juga turut dilakukan dengan individu-individu yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman. Keseluruhan hasil analisis dokumen dan temubual mengandungi tujuh tema yang menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan persekitaran pekerjaan yang lestari. Tema-tema utama ialah komuniti, pengurusan, sistem, mekanistik, pengetahuan, pengalaman dan penguatkuasaan. Dalam analisis dokumen yang dibuat, terdapat 546 para yang menggambarkan pendekatan holistik dan 535 para bagi pendekatan reduktionisme. Bagi analisis temubual, 312 para bagi pendekatan holistik dan 180 bagi pendekatan reduktionisme. Penilaian semula telah dibuat bagi mengenalpasti kekuatan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman dan mendapati terdapat tiga pemerhatian yang utama. Pemerhatian utama menunjukkan faktor-faktor yang bersandarkan pendekatan holistik dan reduktionisme telah berperanan mempengaruhi perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kedua, faktor komuniti, pengetahuan dan pengalaman menunjukkan bilangan para yang tinggi berdasarkan hasil analisis dokumen dan temubual di mana mampu mempengaruhi kejayaan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lestari. Walau bagaimanapun, tiada satu faktor pun yang boleh mempengaruhi perlaksanaan governans ini secara bersendirian dengan hanya satu pendekatan sahaja. Ketiga, jumlah para pendekatan holistik dan reduktionisme dalam hasil analisis dokumen dan temubual menunjukkan perbezaan yang ketara di mana hasil analisis temubual menunjukkan bilangan para bagi pendekatan holistik yang lebih tinggi berbanding dengan pendekatan reduktionisme. Justeru itu, perspektif idea perlu diberi penekanan dalam kajian ini dengan memperlihatkan bagaimana gagasan peneraju yang ditaja oleh idea maklumat saintifik telah berubah kepada gagasan politik yang ditaja oleh idea politik selepas dipengaruhi oleh faktor-faktor dalam kedua-dua pendekatan (holistik dan reduktionisme) melalui perlaksanaan governans keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman atas konsep kebergantungan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectIndustrial safety
dc.subjectIndustrial hygiene
dc.subjectIndoor air quality
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleGovernans keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman
dc.typeTheses
dc.format.pages267
dc.identifier.callnoT55.S978 2018 tesis
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.