Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515271
Title: Proses jaringan interaksi di antara pihak berkepentingan dalam pengurusan zon pinggir pantai di Malaysia: dari perspektif perundangan
Authors: Juliana Mohamed (P70493)
Supervisor: Muhammad Rizal Razman
Keywords: Business networks -- Malaysia
Coastal zone management -- Malaysi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Feb-2018
Description: Pengurusan alam sekitar yang mendasari konsep governans sangat mementingkan penglibatan di antara pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan ke arah pembangunan serta pengurusan alam sekitar yang mampan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis penglibatan kerjasama pihak berkepentingan dalam proses jaringan interaksi berhubung pengurusan zon pinggir pantai tumpuan kepada aktiviti penambakan pantai di Malaysia sebagai kajian kes. Fokus kajian ini ialah mengenal pasti sama ada pendekatan perdamaian atau pertentangan yang mempengaruhi kejayaan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses jaringan interaksi tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen berkaitan 5 perundangan utama Malaysia berkaitan pengurusan alam sekitar serta pengurusan zon pinggir pantai di Malaysia. Hasil kajian dirumuskan dalam bentuk penilaian semula mengenai kekuatan faktor-faktor yang mempengaruhi proses jaringan interaksi di antara pihak berkepentingan dalam pengurusan kawasan pinggir pantai. Rumusan ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian analisis dokumen iaitu empat tema utama iaitu kerjasama dan tanggungjawab melalui pendekatan perdamaian dan kuasa dan hukuman menerusi pendekatan pertentangan. Dalam analisis dokumen yang dibuat telah mendapati sebanyak 568 para perenggan yang menggambarkan keseluruhan pendekatan yang dikaji. Sejumlah 310 para perenggan yang menggambarkan pendekatan perdamaian manakala 258 para perenggan yang menggambarkan pendekatan pertentangan dan mendapati frekuensi para pendekatan perdamaian melebihi pendekatan pertentangan sebanyak 52 para. Penilaian yang boleh disimpulkan menunjukkan bahawa kesemua tema yang dikenal pasti menunjukkan saling kebersandaran di antara satu sama lain dalam membentuk satu jaringan interaksi yang baik dalam menguruskan kawasan pinggir pantai yang lestari. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pendekatan telah menunjukkan peranan yang penting dalam mempengaruhi jaringan interaksi di antara pihak berkepentingan. Penilaian kedua yang boleh dibuat mendapati kelemahan proses jaringan interaksi di antara pihak berkepentingan tidak boleh dirumuskan melalui satu pendekatan sahaja. Justeru itu, perspektif pemikiran dan idea perlu diberi penekanan dengan memperlihatkan bagaimana pemikiran pencetus yang bersandarkan idea kaedah saintifik telah mengubah idea pemikiran penggerak. Kejadian ini adalah disebabkan oleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang disebabkan oleh dua pendekatan (perdamaian dan pertentangan) dengan idea politik di atas konsep kebergantungan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 234
Call Number: HD69.S8J835 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107614+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.