Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515266
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazrura Sahani, Dr.
dc.contributor.authorRozita Hod (P56803)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:19Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:19Z-
dc.date.issued2017-12-18
dc.identifier.otherukmvital:106036
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515266-
dc.descriptionDenggi merupakan ancaman kesihatan terhadap masyarakat Malaysia dan negara beriklim tropika. Pelbagai usaha telah dilaksanakan namun kes terus meningkat mendadak dengan kadar insidens tertinggi dalam tahun 2015 iaitu 396.4 per 100,000 penduduk. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti jurang antara polisi sedia ada dengan pelaksanaan pengurusan denggi di pelbagai peringkat pelaksana dan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran (mixed method) iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Penumpuan kepada peringkat penggubal dasar, pelaksana dan masyarakat telah dilakukan menggunakan metodologi kualitatif seperti analisis kandungan dokumen dan temubual mendalam pada kumpulan penggubal dasar dan pelaksana di negeri dan daerah. Metodologi kuantitatif adalah bagi survei komuniti di kawasan berpotensi wabak denggi. Analisis data kualitatif dan kuantitatif masing-masing telah dilakukan menggunakan perisian Atlas ti.dan SPSS Versi 21. Hasil analisis dokumen dan temubual mendalam mendapati faktor sosial, ekologi dan biologi perlu diberi perhatian dan dilaksanakan secara bersepadu dalam sebarang pengurusan denggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, faktor sosial yang masih belum diterokai secara mendalam contohnya seperti komitmen kerajaan, penerimaan masyarakat, integrasi antara agensi, komitmen pemimpin setempat, pengetahuan, pendapat dan amalan komuniti setempat, disamping perkhidmatan kesihatan. Maklumat tambahan dari temubual mendalam mendapati bagi pengurusan denggi secara lebih berkesan, faktor-faktor kemanusiaan seperti budaya dan norma kehidupan, pengalaman kerja pelaksana di dalam menghayati isu-isu denggi, pengiktirafan kepada pasukan pengawal denggi perlu diberi penekanan. Pendidikan dan promosi kesihatan telah meningkatkan pengetahuan dan pendapat penduduk terhadap denggi. Namun peningkatan ini tidak menghasilkan perubahan kepada amalan komuniti tersebut. Program yang melibatkan masyarakat perlu menggunakan pendekatan top down dan bottom up iaitu melibatkan perbincangan dengan komuniti bagi memastikan kesinambungan program pengawalan denggi. Program itu haruslah disesuaikan kepada sesuatu populasi sasaran berdasarkan input dari masyarakat berkenaan.Kajian ini merumuskan betapa pentingnya aspek sosial diberi tumpuan serta digabungkan dengan aspek ekologi dan biologi dalam menangani sesuatu penyakit yang kompleks dan bersifat multidimensi seperti denggi. Pengurusan denggi harus mengambilkira kesemua aspek yang telah dibincangkan bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan kawalan denggi di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectDengue -- Malaysia
dc.subjectDisease management -- Malaysia
dc.subjectDenggi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan ekobiososial dalam pengurusan denggi di daerah Seremban, Negeri Sembilan
dc.typeTheses
dc.format.pages255
dc.identifier.callnoRA644.D4R639 2017 tesis
dc.identifier.barcode003757(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.