Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515265
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Yusof Othman, Prof. Dato’ | |
dc.contributor.author | Azizan Ramli (P63582) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-04-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:106035 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515265 | - |
dc.description | Permintaan global produk halal dijangka meningkat sehingga mencecah 25% setahun. Oleh itu, Malaysia telah bertindak secara proaktif membangunkan kluster industri halal bagi merealisasikan aspirasinya untuk menjadi juara hab halal global. Walau bagaimanapun, perkembangan ini turut memberikan impak terhadap tahap keselamatan pekerja di industri halal dan kejiranannya. Statistik rekod kemalangan di industri berfokuskan produk halal sehingga kini tidak menunjukkan corak penurunan yang konsisten serta turun-naik dengan 20% kematian dicatatkan daripada keseluruhan kes kematian di sektor berkaitan. Selain itu, laporan juga menunjukkan peningkatan kes ketidakpatuhan dan ini diburukkan lagi apabila majoriti industri halal tidak melaksanakan sistem pengurusan keselamatan secara tersusun. Keadaan ini disebabkan wujudnya kekangan sumber, kepakaran, dan pengetahuan khususnya di kalangan IKS halal. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan matriks dan model Pengurusan Keselamatan Kluster Industri Halal (PeKIH) berdasarkan pendekatan kooperatif. Pendekatan ini membolehkan anggota kluster industri halal saling membantu melalui kerjasama dan perkongsian pintar sumber, kepakaran dan pengetahuan berkaitan isu keselamatan di tempat kerja. Kaedah kajian adalah melalui analisis keadaan semasa, dasar dan pengurusan yang melibatkan faktor teknologi, organisasi, perundangan, institusi serta kewangan (TOPIK). Ini dilaksanakan secara kajian kepustakaan, temu bual dan kaji-selidik (industri halal dan pakar). Teknik Delphi dan SWOT-AHP pula digunakan di dalam kaji selidik yang melibatkan responden pakar. Dapatan keseluruhan analisis menunjukkan kecenderungan positif ke arah model PeKIH. Keseluruhan pemberat global yang dinilai juga mempamerkan perbezaan yang sangat signifikan menyokong kelebihan yang boleh ditawarkan oleh pendekatan kooperatif (dengan perbezaan tertinggi 0.616). Model PeKIH dibina oleh sepuluh komponen penting yang saling menyokong. Komponen utamanya adalah dasar, agensi berpusat, kumpulan/subkumpulan pakar, dan sistem penyampaian maklumat. Pembangunan PeKIH dengan integrasi konsep halalan-toyyiban dan maqasid al-shariah ini memberi pengetahuan baru berkaitan pengurusan keselamatan dalam konteks model kluster industri, pembangunan Taman Halal dan indikator yang berpotensi dalam Indeks Syariah Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Industrial safety -- Management | |
dc.subject | Industrial safety equipment industry -- Malaysia | |
dc.subject | Food industry and trade -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan model pengurusan keselamatan industri bagi kluster industri halal di Malaysia berdasarkan pendekatan kooperatif | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 422 | |
dc.identifier.callno | HD9999.I433A995 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003756(2019) | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.