Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515256
Title: | Kepelbagaian biologi dan biojisim di hutan dipterokarpa bukit yang telah dibalak: kajian kes di Kelantan |
Authors: | Norashikin Mohd. Fauzi (P59708) |
Supervisor: | Abdul Latiff Mohamad, Prof. Emeritus Dato' Dr. |
Keywords: | Forest ecology -- Malaysia Biogeography -- Malaysia Forests and forestry -- Malaysia Forest management -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Jul-2016 |
Description: | Kajian ini telah dijalankan di tiga hutan simpan yang berbeza di Kelantan iaitu Bukit Bakar (5o43 'N, 102o16'E), Gunung Basor (6o15'N, 101o45'E) dan Taman Negeri Gunung Stong (5o20'N, 101o58'E). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai hubungkait komponen kepelbagaian biologi (kepelbagaian spesies; kekayaan spesies; kesamarataan spesies) dengan biojisim atas tanah komposisi hutan dipterokarp bukit yang telah dibalak sekali di Kelantan. Kekuatan dan bentuk hubungkait di antara ketiga-tiga komponen kepelbagaian biologi yang terpilih dan biojisim atas tanah ditentukan dengan kaedah analisis regresi. Pokok dengan diameter pada paras dada 10 cm dan ke atas telah diukur di ketiga-tiga kawasan kajian, di mana komposisi flora keseluruhan terdiri daripada 539 pokok, yang terdiri daripada 177 spesies daripada 107 genus dan 41 famili. Adalah didapati bahawa HSK Gunung Basor mempunyai nilai indeks kepelbagaian spesies yang paling tinggi 4.46 (H'max = 4.57) diikuti oleh HSK Bukit Bakar dengan nilai indeks 4.42 (H'max = 3.95) dan 3.42 (H 'max = 0.79) bagi TN Gunung Stong. Sementara itu, bagi indeks keseragaman, HSK Bukit Bakar dicatatkan dengan nilai tertinggi (E = 1.12), diikuti oleh HSK Gunung Basor (E = 0.97) dan TN Gunung Stong (E = 0.79). Bagi kekayaan spesies, Indeks Margalef (DMG) untuk HSK Gunung Basor adalah yang tertinggi (DMG = 17.52), diikuti oleh TN Gunung Stong dengan DMG = 14.29. Manakala bagi nilai biojisim atas tanah, HSK Bukit Bakar mencatat nilai biojisim yang paling tinggi iaitu 307.93 tan/ha diikuti oleh HSK Gunung Basor sebanyak 284.41 tan/ha dan TN Gunung Stong sebanyak 267.46 tan/ha. Ini merupakan satu petanda yang baik bagi kelestarian hutan dipterokarpa bukit yang telah dibalak sekali dalam memastikan kelangsungan bekalan produk dan perkhidmatan ekologi yang mampan. Kekuatan dan bentuk hubungkait antara komponen kepelbagaian biologi dan setiap kawasan kajian didapati berbeza antara satu sama lain.Berdasarkan hasil kajian, beberapa cadangan bagi pengurusan hutan sebagai kawasan pemuliharaan kepelbagaian biologi dan stok karbon telah dicadangkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. |
Pages: | 184 |
Call Number: | QH185.N647 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105060+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 841.96 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.