Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515251
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus | |
dc.contributor.author | Muhammad Yasar (P64444) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:15Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:15Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:104720 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515251 | - |
dc.description | Kelestarian pertanian padi adalah isu penting bagi negara Malaysia, ia tidak hanya setakat persoalan sekuriti makanan tetapi juga berkait erat dengan penghidupan lestari majoriti petani. Selain itu, kemudahterancaman yang mencabar sektor ini akan memberi kesan negatif kepada pengeluaran padi negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kemudahterancaman yang mempengaruhi penghidupan petani padi serta menganalisis kelestarian petani padi berdasarkan dimensi ekonomi, ekologi, sosial, institusi dan teknologi. Kajian juga menilai pengaruh aset kehidupan dan strategi pembangunan terhadap penghidupan lestari komuniti petani padi serta mencadangkan strategi atau polisi berkaitan pembangunan sektor padi di Malaysia khususnya di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA). Sebagai salah satu kawasan jelapang padi utama negara, KETARA merupakan penyumbang pengeluaran padi terbesar bagi negeri Terengganu iaitu 73.47 peratus. Ia meliputi kawasan tanah sawah seluas 4,876 hektar yang terletak di Daerah Besut dan Setiu. Bagi tujuan kajian, seramai 350 petani padi ahli Kumpulan Pengguna Air (KPA) dilibatkan sebagai sampel kajian. Data kajian diperoleh melalui temu bual dan pengisian borang soal selidik yang dibantu oleh pembanci. Untuk kepentingan analisis data, kaedah Model Persamaan Berstruktur (Structural Equation Model-SEM) menggunakan perisian AMOS 18 telah dijalankan bagi menentukan kesepadanan model pengukuran dengan data yang diperoleh serta model struktur bagi menguji hubungan sebab akibat di antara konstruk. Setiap model yang dicadangkan dalam kajian ini telah mencapai tahap kesahan, kebolehpercayaan dan kesepadanan yang telah ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kemudahterancaman yang menunjukkan nilai muatan faktor tertinggi dari aspek perubahan ekonomi adalah semakin tingginya kos pengeluaran, dari aspek perubahan iklim adalah keadaan suhu yang semakin panas, dan dari aspek sosial adalah tahap pendidikan (Model 1,2 dan 3). Dimensi kelestarian menunjukkan nilai muatan faktor yang positif dari segi teknologi, sosial, ekonomi dan institusi manakala dari segi ekologi ia menunjukkan nilai yang negatif (Model 4,5 dan 6). Strategi yang paling efektif dalam mengatasi faktor kemudahterancaman adalah melalui pemantapan infrastruktur pertanian. Dalam mengatasi kesan kemudahterancaman pula pengaruh aset kehidupan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pengaruh strategi (Model 7 dan 8). Model kelestarian pertanian padi akan tercapai apabila terjadinya keseimbangan dalam hubungan antara faktor-faktor kemudahterancaman dan kelestarian. Keadaan faktor kelestarian pula akan menentukan bentuk strategi yang perlu dilakukan untuk menguatkan aset kehidupan petani agar mampu berhadapan dengan faktor-faktor kemudahterancaman (Model 9). Secara keseluruhan hasil kajian ini mencadangkan untuk: (i) mengekalkan dan meningkatkan pencapaian keadaan ekonomi, sosial, dan teknologi, (ii) memperbaiki dan meningkatkan peranan institusi, dan (iii) mengurangkan impak ekologi, bagi mencapai matlamat kelestarian pertanian padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara ( KETARA).,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rice -- Malaysia | |
dc.subject | Rice -- Malaysia -- Planting | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kemudahterancaman, kelestarian dan strategi pembangunan lestari pertanian padi di kawasan pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA), Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 244 | |
dc.identifier.callno | SB191.R5M849 2016 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003670(2019) | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_104720+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.