Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515249
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fariz Mohamed, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Dina Razman Pahri (P64625)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:14Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:14Z-
dc.date.issued2016-09-02
dc.identifier.otherukmvital:104718
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515249-
dc.descriptionPengurusan aktiviti penternakan kerang mempunyai kelemahan dari aspek pengurusan alam sekitar. Aktiviti penternakan kerang berpotensi mendatangkan impak terhadap alam sekitar termasuk kesan kepada ketahanannya sendiri. Potensi impak terhadap alam sekitar ini perlu diukur bagi menambahbaik prestasi alam sekitar industri kerang di Malaysia. Tesis ini bertujuan membangunkan kerangka model Penilaian Kitar Hayat bagi aktiviti penternakan kerang dan seterusnya menambahbaik pendekatan Penilaian Kitar Hayat bagi sistem akuakultur terbuka. Kajian kes telah dilaksanakan di sebuah lot kebun kerang di Jeram, Kuala Selangor. Sempadan sistem ditetapkan dari peringkat taburan benih kerang hingga ke peringkat pembungkusan. Pengumpulan data dilaksanakan melalui borang soal selidik, persampelan kualiti air, kerja makmal, data sekunder dan pemerhatian tapak. Sepuluh jenis impak alam sekitar dianalisis secara pendekatan titik tengah menerusi kaedah CML-IA V3.01 dan menggunakan perisian SimaPro 8. Hasil kajian mendapati peralatan modal mendominasi impak ketoksikan manusia (82.20%), penyusutan abiotik (81.72%), eutrofikasi (81.36%), ketoksikan-eko akuatik air tawar (79.34%), oksidasi fotokimia (79.02%) dan ketoksikan-eko akuatik marin (75.06%). Peralatan operasi mendominasi impak penipisan lapisan ozon dengan kadar 80.24%. Gentian kaca adalah material utama yang mendominasi impak. Proses tuaian hasil pula adalah proses utama yang mendominasi impak. Pengaruh faktor semulajadi dan antropogenik terhadap sistem akuakultur terbuka membawa kepada empat cadangan pendekatan Penilaian Kitar Hayat iaitu (i) sempadan sistem maya, (ii) pengumpulan data bagi tempoh lebih panjang, (iii) harmonisasi dengan kaedah pengurusan persekitaran lain dan (iv) kepentingan perlaksanaan Penilaian Kitar Hayat merentas pelbagai sistem akuakultur dan benua. Analisis ANOVA satu hala mendapati faktor semulajadi iaitu taburan hujan bulanan mempengaruhi enam parameter kualiti air di sekitar kawasan penternakan iaitu suhu, jumlah karbon organik, jumlah pepejal terampai, nitrat, fosfat dan sulfat. Penilaian Kitar Hayat menunjukkan bahawa keadaan semasa ekosistem asli merupakan elemen terpenting di dalam pengurusan penternakan kerang. Sebagai kesimpulan, Penilaian Kitar Hayat sesuai untuk dilaksanakan bagi sistem akuakultur terbuka dengan mengambil kira pengaruh faktor semulajadi dan faktor antropogenik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectCockle fisheries -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectSustainable development -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian kitar hayat bagi ke arah pengurusan lestari aktiviti penternakan kerang: kajian kes di Jeram, Kuala Selangor
dc.typeTheses
dc.format.pages233
dc.identifier.callnoSH367.M3S388 2016 tesis
dc.identifier.barcode003669(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104718+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.