Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515247
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHood Mohd. Salleh, Prof. Emeritus Dato’ Dr.
dc.contributor.authorMohamad Zaki Ahmad (P37428)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:13Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:13Z-
dc.date.issued2017-07
dc.identifier.otherukmvital:104712
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515247-
dc.descriptionPersepsi, yang seringkali dikaitkan dengan sikap penduduk setempat atau lebih dikenali sebagai masyarakat hos dalam konteks pelancongan di sesebuah destinasi, seringkali menjadi subjek utama kajian pelancongan mutakhir ini. Apabila dikaitkan dengan pembangunan pelancongan lestari, subjek ini menjadi semakin menarik dan relevan memandangkan isu dan masalah kemusnahan dan penurunan kualiti sumberjaya pelancongan di kebanyakan tempat di dunia. Sesungguhnya, pelancongan tidak akan dapat berkembang tanpa didokong dan ditunjangi oleh sumberjaya-sumberjaya yang berkenaan. Kajian terdahulu telah banyak membuktikan betapa signifikannya pelancongan terutama dalam membantu meningkatkan sosioekonomi, aspek kebudayaan dan kualiti alam sekitar di sesebuah destinasi khususnya terhadap masyarakat setempat. Terdapat juga kajian berkaitan yang telah menjelaskan kepentingan memahami dan mempertimbangkan sikap dan persepsi masyarakat setempat dalam merancang dan seterusnya melaksanakan pembangunan pelancongan. Sikap penduduk tempatan ke arah pembangunan pelancongan boleh menentukan kejayaan atau kegagalan pelancongan. Oleh itu penting untuk ‘menyiasat’ bagaimana penduduk tempatan melihat pelancongan berdasarkan persepsi mereka sebelum melaksanakan sebarang bentuk rancangan pembangunan pelancongan di kawasan mereka. Persepsi dan sikap masyarakat tempatan yang positif terhadap pembangunan pelancongan juga merupakan salah satu petunjuk yang penting untuk pembangunan pelancongan lestari. Penyertaan masyarakat setempat dalam pelancongan yang didorong oleh persepsi dan sikap positif mereka juga dilihat sebagai kuasa positif untuk perubahan, yang turut bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan. Kajian yang dijalankan terhadap masyarakat nelayan di Kuala Kedah yang melibatkan 166 orang responden ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam persepsi dan reaksi penduduk serta faktor-faktor yang mempengaruhi sikap mereka terhadap pelancongan dalam mencapai matlamat bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap pembangunan pelancongan masa hadapan. Tidak seperti kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan di destinasi-destinasi pelancongan, dapatan kajian yang telah dijalankan di Kuala Kedah yang merupakan tempat persinggahan atau transit kepada pelancong ke Pulau Langkawi (dan bukannya sebuah destinasi pelancongan) secara umumnya adalah selari dengan dapatan kajian-kajian terdahulu. Dapatan daripada kajian ini menyediakan maklumat yang tidak ternilai kepada pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan pelancongan di Kuala Kedah terutamanya, kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam merangka polisi-polisi berkaitan dan garis panduan pengurusan dan pembangunan pelancongan. Melalui kajian ini juga beberapa cadangan telah dikemukakan dengan fokus utama adalah terhadap usaha meningkatkan pemahaman penduduk setempat terhadap pelancongan demi menggalakkan sokongan dan penglibatan mereka membangunkan pelancongan mengikut ‘tema’ dan ‘acuan’ yang mereka inginkan. Cadangan-cadangan seperti menubuhkan Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee), menganjurkan kempen-kempen kesedaran pelancongan dan program-program latihan pelancongan, dan merangka kriteria dan tanda aras kelestarian adalah bertujuan untuk memacu pembangunan pelancongan di Kuala Kedah ke arah pembangunan pelancongan yang lestari yang dapat membantu usaha meningkatkan sosioekonomi dan kebudayaan penduduk dengan memastikan penggunaan sumberjaya secara terancang seiring dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumberjaya yang berkenaan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectTourism -- Malaysia -- Kedah
dc.subjectFisheries -- Economic aspects -- Malaysia -- Kuala Kedah (Kedah)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi masyarakat nelayan terhadap pembangunan pelancongan di Kuala Kedah: ke arah pembangunan pelancongan lestari
dc.typeTheses
dc.format.pages270
dc.identifier.callnoG155.M4M849 2017 tesis
dc.identifier.barcode003665(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104712+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.