Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515244
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHood Mohd Salleh, Prof. Emeritus Dato’ Dr.
dc.contributor.authorJohan Afendi Ibrahim (P43578)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:12Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:12Z-
dc.date.issued2016-04-01
dc.identifier.otherukmvital:104706
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515244-
dc.descriptionApabila bercakap mengenai Kelantan, pelbagai persepsi dan imej yang sering kali wujud dalam kotak pemikiran. Mereka dikenali sebagai orang yang unik dalam pelbagai aspek kehidupan. Wanitanya amat dominan dalam perniagaan di pasar-pasar serta memiliki rupa paras yang cantik. Walau bagaimanapun, Kelantan menghadapi masalah perceraian yang serius dengan mencatatkan kadar perceraian tertinggi bukan hanya di Malaysia, bahkan di Asia Tenggara dan di dunia. Ia berpunca daripada tahap pendidikan yang rendah, masyarakat yang masih mengamalkan budaya tradisional dalam kehidupan seharian, kegiatan ekonomi yang berteraskan pertanian tradisional, tinggal di luar bandar, tidak menikmati infrastruktur yang baik, pengaruh agama Islam dan adat yang kuat mengongkong kehidupan masyarakatnya, kelonggaran penguatkuasaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam pemerintahan Negeri Kelantan yang tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat serta masalah geografi yang menyebabkan penduduk lambat menerima arus pembangunan dan permodenan. Bagi memahami permasalahan yang wujud, kajian mengenai kehidupan keluarga dilakukan kerana keluarga merupakan unit asas dalam sesebuah masyarakat. Tumpuan kajian tertumpu kepada mengetahui peranan lelaki dan perempuan dalam sesebuah keluarga, mengetahui sama ada perkahwinan di usia yang muda berkaitan langsung dengan kestabilan sesebuah keluarga, mengenalpasti sebab-sebab yang mendorong wujudnya konflik yang menyumbang kepada ketidakstabilan dalam keluarga serta peranan dan kedudukan wanita di dalam keluarga dan masyarakat. Mukim Che Latiff dipilih sebagai kawasan kajian disebabkan kadar kemiskinan penduduk yang paling tinggi dalam Daerah Badang dan Jajahan Kota Bharu. Kajian ini dilakukan dengan tinggal bersama penduduk tempatan bagi memahami permasalahan yang berlaku. Hasil kajian mendapati mereka masih menghadapi masalah yang sama sejak 1948. Kajian ini mendapati faktor budaya, ekonomi dan agama menjadi penyumbang utama kepada ketidakstabilan keluarga di Kelantan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectFamilies -- Malaysia -- Kelantan
dc.subjectMarriage -- Malaysia
dc.subjectExtended families -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKelestarian kehidupan keluarga desa di mukim Che Latiff, Kelantan
dc.typeTheses
dc.format.pages334
dc.identifier.callnoHQ674.6.J634 2016 tesis
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104706+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.