Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515243
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus | |
dc.contributor.author | Ahmad Zubir Ibrahim (P51436) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:12Z | - |
dc.date.issued | 2012-12-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81194 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515243 | - |
dc.description | Kawasan pengairan Muda merupakan salah satu kawasan jelapang padi utama negara. Kawasan ini terletak di Negeri Kedah dan sebahagian di Negeri Perlis. Dengan keluasan seluas 96,558 hektar sawah padi, kawasan pengairan Muda merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras dan keselamatan makanan negara. Bagi memastikan pengeluaran padi di kawasan ini terjamin, pelbagai usaha dan pendekatan melalui intervensi kerajaan telah dilaksanakan. Namun begitu, ketidaktentuan iklim turut memberi kesan ke atas pengeluaran tanaman padi. Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau bukan sahaja mengurangkan hasil pengeluaran malahan telah mengakibatkan kemusnahan tanaman. Kejadian banjir setiap tahun bagi tempoh 2005 hingga 2010, telah mengakibatkan kerosakan tanaman padi seluas 48,693.72 hektar dan melibatkan seramai 32,794 orang petani padi terjejas akibat insiden tersebut. Insiden ini telah menjejaskan kehidupan golongan petani padi. Tanpa pemilikan aset kehidupan yang mencukupi akan memberi kesan kepada hasil penghidupan dan keselamatan makanan golongan ini. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk menilai impak perubahan iklim dan intervensi kerajaan ke atas pengeluaran padi di kawasan pengairan Muda. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji impak pemilikan aset kehidupan ke atas hasil penghidupan petani padi dan mengenal pasti penentu kepada pendapatan dan corak perbelanjaan makanan di kalangan petani padi yang boleh membawa kepada status keselamatan makanan di peringkat isi rumah. Dengan menggunakan model pengeluaran Cobb-Douglas dan data bagi tempoh 30 tahun (1981-2010), hasil kajian mendapati terdapat hubungan negatif bagi pemboleh ubah perubahan iklim dan hubungan positif bagi intervensi kerajaan ke atas pengeluaran padi di kawasan pengairan Muda. Kedua-dua pemboleh ubah ini signifikan pada aras p<0.1 dan p<0.01. Berkaitan pemilikan aset kehidupan pula, seramai 225 orang petani padi dijadikan sampel kajian. Dengan mengaplikasikan Model Persamaan Berstruktur (MPB), kajian mendapati pemilikan aset kehidupan golongan ini telah memberi impak positif ke atas hasil penghidupan golongan ini. Melalui analisa regresi, kajian turut mendapati bahawa pemilikan tanah sendiri dan sewa serta peratusan pendapatan bukan pertanian merupakan antara penentu yang mempunyai hubungan positif dan signifikan ke atas pendapatan petani padi di kawasan pengairan Muda. Pemboleh ubah jarak ke pasar, amalan bercucuk tanam, dan membeli makanan siap dimasak merupakan antara penentu yang mempunyai hubungan yang signifikan ke atas corak perbelanjaan makanan. Bagi mengenal pasti tahap keselamatan makanan di kalangan golongan ini, MPB telah diaplikasikan dan mendapati akses makanan mempunyai hubungan positif dan signifikan ke atas keselamatan makanan berbanding kesediaan makanan dan penggunaan makanan. Kesimpulannya, bagi menjayakan matlamat keselamatan makanan, intervensi kerajaan perlu diteruskan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi di samping meminimumkan kesan perubahan iklim melalui program adaptasi, pembangunan dan penyelidikan yang holistik. Penekanan juga perlu diberikan ke atas penglibatan golongan petani di dalam aktiviti sosial seperti penglibatan secara langsung dalam persatuan yang berkaitan. Pendedahan kepada pengetahuan berkaitan dengan nutrien dan kesihatan dalam aset manusia perlu ditingkatkan di kalangan petani padi melalui program pendidikan yang berkaitan. Kepelbagaian program dan aktiviti bukan pertanian perlu digalakkan lagi bagi membantu golongan ini menambah hasil pendapatan tanpa terlalu bergantung kepada sumber pendapatan padi semata-mata.,The Muda irrigation area which is located in Kedah and part of the state of Perlis is known as one of the main granary areas in Malaysia. With an area covering 96,558 hectares of paddy field, this irrigation area is the largest contributor of the country's rice production and food security. In order to ensure the stability of the rice production in the area, various efforts and approaches has been implemented through government interventions. However, the occurrences of natural disasters such as floods and droughts have caused the destruction of crops which ultimately reduced paddy production and yields. In 2005 to 2010, floods in this area had caused damage to 48,693.72 hectares of paddy plants and affected the livelihood of 32,794 rice farmers. The lack of sufficient livelihood assets jeopardizes the income and food security of these farmers. This study aims to assess the impact of climate changes and government interventions on rice production in this area through examining the implication of livelihood assets ownership on the rice farmers’ living capacity and identifying variables that intricate their income and expenses spent on food which effect the status of their domestic food security. By applying the Cobb-Douglas production model and Structural Equation Model (SEM), for the period of 30 years (1981-2010), this study arrived at a conclusion that while climate change have a negative relationship, government interventions on the other hand have a positive relationship with rice production in the Muda irrigation area. This study also found that assets’ ownership have positive impacts on livelihood outcomes, while land ownership, rent and non-agricultural incomes shows a positive relationship on the farmer’s income. At the same time the distance between the paddy field and the market, farming practices and buying pre-packed foods also significantly affect the patterns of food expenditure. The investigation on the level of food security among rice farmers, suggested the importance of continuity in government intervention to minimize the effects of climate change through adaptation, research and development programmes. Moreover, farmers are needed to get involved in social organisation related to farming and paddy plantation together with human nutritional knowledge and health through related educational programmes on regular basis. Diversity of nonagricultural programmes and activities should also be encouraged since it will lessen the dependency on income from paddy plantation.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Padi | |
dc.subject | Pemilikan aset | |
dc.subject | Petani padi | |
dc.subject | Pengairan Muda | |
dc.subject | Rice trade -- Malaysia | |
dc.title | Keselamatan makanan : penentu pengeluaran padi dan impak pemilikan aset ke atas penghidupan petani padi di kawasan pengairan Muda | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 453 | |
dc.identifier.callno | HD9066.M4 A375 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001646 | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81194+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.