Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515035
Title: Penderia bio resonan plasmon permukaan berasaskan konfigurasi Kretschmann dan bahan dua dimensi untuk pemantauan kesihatan ginjal
Authors: Nur Akmar Jamil (P84068)
Supervisor: P. Susthitha Menon, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Ginjal
Medical technology.
Issue Date: 31-Aug-2022
Description: Ginjal merupakan salah satu organ dalaman terpenting dalam tubuh manusia untuk mengawal keseimbangan air, elektrolit dan mineral dan penyingkiran bahan buangan. Keperluan masa sekarang ialah kaedah yang pantas, jitu dan stabil untuk memantau kesihatan ginjal secara aplikasi tempat pengujian (POC). Oleh itu, penyelidikan berkaitan pembuatan ginjal tiruan giat dijalankan untuk mengesan bahan buangan ginjal seperti glukosa, urea, kreatinin. Kajian tesis ini tertumpu kepada pembangunan penderia bio resonan plasmon permukaan berasaskan konfigurasi Kretschmann (K-SPR) dengan hibrid bahan dua dimensi untuk mengesan kehadiran glukosa, urea dan kreatinin serta menyiasat imobilisasi enzim dalam larutan bertujuan sebagai penyelidikan peringkat awal dan satu bukti konsep tentang ginjal tiruan. Kaedah kajian ini merangkumi reka bentuk model penderia K-SPR disimulasi menggunakan perisian perbezaan terhingga domain masa (FDTD) dan dicirikan secara eksperimen menggunakan peralatan Bionavis SPR. Bagi konfigurasi hibrid, lapisan grafin atas filem nipis emas (Cr/Au/Gr) menghasilkan nilai lebar penuh pada separuh maksimum (FWHM) terkecil iaitu 0.49° pada panjang gelombang 785 nm dan pantulan minimum Rmin terendah iaitu 0.03 pada panjang gelombang 670 nm. Pada panjang gelombang 785 nm, konfigurasi hibrid grafin pada bahan dua dimensi, molibdenum disulfida (Cr/Au/Gr/MoS2) dan tungsten disulfida (Cr/Au/Gr/WS2) menghasilkan nilai Rmin terendah iaitu masing-masing 0.06 dan 0.04. Konfigurasi hibrid grafin di atas molibdenum disulfida (Cr/Au/MoS2/Gr) dan tungsten disulfida (Cr/Au/WS2/Gr) pula menghasilkan kombinasi nilai terbaik Rmin dan FWHM iaitu 0.06, 0.63° dan 0.07, 0.60°. Teknik pengoptimuman Taguchi L9 menentusahkan bahawa faktor dominan iaitu panjang gelombang mempengaruhi prestasi penderia grafin K-SPR dengan peningkatan penambahbaik nilai FWHM dan Rmin sebanyak 5.37% dan 38.93% untuk pengesanan yang lebih berkesan serta penting dalam mereka bentuk penderia K-SPR. Dalam kaedah eksperimen atas penderia bio KSPR, larutan tanpa enzim dan larutan berenzim dijalankan dengan kemolaran bahan analit berbeza-beza. Kepekaan penderia bio K-SPR yang paling tinggi dalam pengesanan glukosa, urea dan kreatinin ialah pada panjang gelombang 670 nm iaitu masing-masing 9.80 °/M, 3.32 °/M dan 7.20 °/M. Di mana larutan yang menghasilkan kepekaan tersebut adalah dalam larutan berenzim glukosa-glukosa oksidase berkemolaran 4 mM (120 μM), larutan berenzim urea-urease dengan molariti 10 mM (2.272 μM) dan larutan berenzim kreatinin-kreatininase pada 1 mM (2 mg/ml). Pengesanan dalam larutan glukosa dilakukan atas penderia bio hibrid tersebut menunjukkan bahawa nilai kepekaan tertinggi dapat dicapai adalah pada konfigurasi penderia bio hibrid Au/Gr/MoS2 dengan molariti glukosa 20 mM iaitu 6.25 °/M dan 4.87 °/M pada panjang gelombang 670 nm dan 785 nm. Akhirnya, pempolimeran plasma heptilamina (HApp) atas penderia bio Au K-SPR dengan imobilisasi (GOx) melalui reagen silang glutaraldehid (GA) difabrikasi. Bukti konsep bagi penderia bio Au-Happ-GA-GOx menunjukkan purata kepekaan sebanyak 8.70 °/M dengan bagi pengesanan glukosa berkemolaran dari 4 mM hingga 20 mM pada panjang gelombang 785 nm. Oleh itu, penderia bio K-SPR ini berpotensi untuk mengesan kehadiran glukosa, urea dan kreatinin untuk pembangunan pemantauan ginjal tiruan.,Ph.D
Pages: 239
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130424+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.