Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515024
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azman Jalar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Fakhrozi Che Ani (P88581) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T07:53:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T07:53:48Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120925 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/515024 | - |
dc.description | Tren semasa bagi komponen yang digunakan dalam peranti elektronik adalah nipis, padat dan bersaiz kecil daripada biasa. Kekuatan antara sambungan komponen aktif dan pasif pada papan litar bercetak adalah penting untuk mengekalkan fungsi peranti elektronik. Sambungan pateri yang diperkecilkan memerlukan penyambungan termaju melalui bahan pateri berpenguat nano. Bagaimanapun, sambungan termaju proses pemasangan komponen kecil daripada biasa melalui pes pateri berpenguat nano pada proses pelekatan permukaan peranti masih mempunyai jurang penyelidikan yang luas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik penyambungan termaju pakej ultra-halus menggunakan pes pateri berpenguat nano akibat proses pematerian aliran semula. Nanopartikel TiO2, Fe2O3, dan NiO telah dipilih untuk diperkuat dengan pes pateri bebas plumbum (SAC 305 jenis 5) untuk membentuk tiga sampel dengan jenis nanopartikel yang berlainan. Kemudian sampel melalui proses pematerian aliran semula untuk memasang kapasitor ultra-halus. Sifat bahan dan sifat mekanikal pes pateri berpenguat nano dibandingkan dengan pes pateri SAC305 tulen. Mikrostruktur, ketinggian dan kekerasan filet diselidiki melalui berbagai teknik eksperimen. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa kehadiran nanopartikel tersebut telah meningkatkan sifat bahan dan sifat mekanikal sambungan pateri ultra-halus. Kekerasan purata SAC305 masing-masing meningkat sebanyak 77 %, 86 % dan 76 %, dengan penambahan 0.15 wt.% TiO2, Fe2O3, dan NiO. Ia juga meningkatkan ketinggian filet melebihi 90 µm untuk TiO2, Fe2O3, dan NiO yang mana dapat memenuhi keperluan kebolehpercayaan piawaian IPC antarabangsa. ANSYS telah digunakan untuk memodelkan dan meneroka dengan lebih lanjut mekanisme taburan nanopartikel dalam matriks pateri semasa proses pematerian aliran semula. Simulasi ini mendedahkan bahawa taburan nanopartikel dipengaruhi oleh ketumpatan bahan nanopartikel dalam pateri lebur. Kajian ini menyediakan para jurutera dengan pemahaman yang mendalam tentang ciri-ciri sambungan pateri berpenguat nano pakej ultra-halus dalam industri mikroelektronik. Penemuan ini dijangka memberikan panduan dan rujukan yang tepat terhadap pembuatan pakej elektronik bersaiz kecil daripada biasa.,Ph.D.,ADVANCED JOINING OF THE MINIATURIZED SURFACE MOUNT TECHNOLOGY ASSEMBLY VIA NANO-REINFORCED SOLDER PASTE | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) / Institute of Microengineering and Nanoelectronics | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Miniature electronic equipment | - |
dc.subject | Electronic apparatus and appliances | - |
dc.subject | Nanoelectronics | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sambungan termaju pengecilan pemasangan teknologi pelekatan permukaan melalui pes pateri berpenguat nano | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 210 | - |
dc.identifier.callno | TK7870.F335 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005399(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120925+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 4.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.