Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514934
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorJuhainah Hamid Hasani (P43729)
dc.date.accessioned2023-10-16T07:42:25Z-
dc.date.available2023-10-16T07:42:25Z-
dc.date.issued2012-01-20
dc.identifier.otherukmvital:120982
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514934-
dc.descriptionKajian ini menyentuh tentang penyusunan semula peristiwa awal yang berlaku dalam sejarah berpandukan kepada petunjuk lukisan dan kerja seni. Oleh itu kajian ini telah menguji maklumat yang dipadankan dengan senireka Mesopotamia, seterusnya mengenalpasti sistem rekabentuknya yang tersendiri melalui gambaran ketamadunan Mesopotami secara umum. Ia bakal mewujudkan satu petunjuk yang mampu mengaitkan kepelbagaian maklumat sejarah mengenai berbagai perkara melalui susunatur objek di zaman sebelum penulisan yang dimuatkan dalam satu teks. Period kajian ini ialah sekitar tahun 7000SM sehingga 3500SM, manakala limitasi tempatnya pula ialah kawasan yang merentang antara Sungai Dajlah dan Furat dan persekitarannya, kecuali perkara yang jarang dikaji dan sample yang sukar ditemui. Kajian Simiotik digunakan digunakan melalui imbasan optik untuk mengenalpasti kepelbagaian dimensi sejarah terhadap sesuatu teks bahan dan penamaannya ketika digunakan untuk berhubung. Ia ditambah dengan aspek teknikal secara teori dan praktikal terhadap perkara ini melalui kajian yang didedahkan kepada dimensi perisian (software dimension), hubungkait secara simbolik dan mengesan ungkapan dari induksi bahan perhubungan terbabit. Simbol dan lakaran yang dianalisis diambil dari sumber yang asal. Hasil kajian ini mendapati pegangan akidah memberikan kesan yang jelas bahkan ia memainkan peranan utama dalam menghasilkan rekalukis untuk memahami dan mengatur kehidupan. Susunatur gambar-gambar ini bukan suatu yang bisu, sebaliknya kaya dengan lapisan maklumat yang sukar dileraikan dan seterusnya untuk dikuasai dan difahami. Dari sinilah rentetan sejarah manusia bersambungan secara penuh sehingga ia menjadi lebih penting dari tulisan kerana ia telah diuji dalam tempoh begitu lama. Hasil dari peredaran waktu, andaian tersebut bertukar kepada isyarat terungkap yang lebih khusus yang menemukan jalan ketuhanan berakhir dengan kemunculan Islam. Maksudnya, ia adalah peringkat pertama dalam sejarah perkembangan pemikiran manusia kearah pembentukan tamadun. Di peringkat permulaan, medium ungkapan perhubungan mereka begitu mudah seperti menggunakan bumi, air, angin, tanaman, matahari dan bulan. Berbagai dimensi lain selain objek-objek samawi ini juga digunakan dalam lakaran dan tulisan mereka yang menjurus kepada perbahasan bagaimana untuk memelihara kesinambungan hidup yang sempurna. Sebahagian sistem susunatur ini berubah dari petunjuk asal formasinya mengikut kedudukannya dalam teks sersebut. Oleh yang demikian kepentingan kajian ini terjurus kepada pembacaan khazanah sejarah dalam satu era berdasarkan hasil senireka lukisan objeknya di ketika tamadun manusia belum mengenal erti penulisan selain lukisan dan lakaran. Ia adalah simbol-simbol yang akhirnya membawa kepada kelahiran tulisan dan kemunculan tamadun kemanusiaan di Mesopotamia,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isoara
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) / Institute of West Asian Studies
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectIraq -- Antiquities
dc.subjectShapes -- Design -- Art
dc.subjectWriting -- History
dc.titleAnzimat al-ashkal fi al-funun al-tashkiliyyah al-rafadiniyyah 'asr ma qabl al-kitabah dirasah simiyaiyyah
dc.typeTheses
dc.format.pages436
dc.identifier.callnoDS69.6.H346 2012 tesis
dc.identifier.barcode002903 (2012)
Appears in Collections:Institute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120982+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.