Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514580
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Rahman Embong, Prof. Emeritus Dato' Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Azwan Abd Rahman (P80612)-
dc.date.accessioned2023-10-16T06:46:40Z-
dc.date.available2023-10-16T06:46:40Z-
dc.date.issued2018-04-09-
dc.identifier.otherukmvital:107303-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514580-
dc.descriptionPeralihan strategi China menerusi 'One Belt One Road' (OBOR) ataupun kini dikenali 'Belt and Road Initiative' (BRI) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun 2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia untuk menyertai projek Laluan Sutera Baharu Maritim. Sambutan yang baik ini bukan sekadar atas keyakinan sejarah Laluan Sutera Maritim Klasik, tetapi amat dipengaruhi oleh keinginan negara-negara tersebut memperoleh modal dan teknologi daripada China. Malaysia dan Indonesia mengalu-alukan kerjasama tersebut bagi merebut manfaat pembangunan infrastruktur seperti pelabuhan dan perhubungan lain untuk kepentingan kemajuan negara. Kemasukan modal China secara besar-besaran melalui kerjasama ini walau bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin lokal dan kelompok-kelompok lain tentang kemungkinan dominasi oleh China. Kajian ini menghujahkan bahawa kerjasama serta manfaat yang diterima Malaysia dan Indonesia dalam projek Laluan Sutera Baharu Maritim China turut menimbulkan prospek serta cabaran baharu khususnya kepada autonomi negara. Dari segi kaedah, kajian ini memperoleh data primer menerusi temu bual mendalam bersama beberapa tokoh informan utama daripada Malaysia dan Indonesia serta dikukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Dua teori digabungkan untuk kajian ini, iaitu teori negara pembangunan dan teori jaringan sosial. Teori negara pembangunan berperanan menjelaskan bentuk praktis yang digunakan Indonesia, Malaysia dan China dalam mencapai kemajuan seperti yang dihasratkan menerusi campur tangan negara dalam ekonomi. Menerusi analisis teori jaringan sosial, didapati hubungan Malaysia dan Indonesia dengan China telah terjalin erat atas dasar kekukuhan infrastruktur sosial yang dibina sebelum ini. Malaysia, merupakan negara pertama dalam kalangan negara ASEAN yang menghulur tali persahabatan diplomatik dengan China semenjak tahun 1974 serta kedua-duanya mempunyai hubungan erat dari segi jalinan komuniti perniagaan dan rakyat (B2B+P2P). Indonesia, walaupun mempunyai bebanan sejarah anti-China selepas era Soekarno khususnya semasa era Soeharto tetapi hubungan mereka telah pulih mesra selepas itu. Hasil kajian mendapati di satu pihak, Malaysia dan Indonesia berpendirian positif dengan melihat manfaat serta peluang daripada kerjasama ini tetapi di pihak lain, ia memunculkan implikasi yang berbeza. Bagi Malaysia, kemasukan modal China secara besar-besaran dan mendadak ini menimbulkan kebimbangan akan kemungkinan pergantungan negara yang berlebihan kepada China. Manakala Indonesia menerusi strategi Poros Maritim Dunia yang digagaskan Jokowi dilihat sebagai upaya mengekalkan kemandirian serta kuasa autonomi negara. Namun lambakan produk China ke dalam pasaran Indonesia juga dilihat sebagai persaingan dan ancaman kepada kepentingan ekonomi lokal. Kajian ini menyumbang dalam batas tertentu kepada korpus ilmu pembangunan serantau dan input untuk dasar luar Malaysia-China dan Indonesia-China.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) / Institute of Malaysian and International Studies-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMerchant marine -- China -- History-
dc.subjectNavigation -- China -- History-
dc.subjectChina - Commerce -- East Asia -- History-
dc.subjectSoutheast Asia -- Commerce -- History-
dc.subjectSilk Road -- History-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKerjasama laluan sutera baharu maritim China serta impaknya terhadap Malaysia dan Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages356-
dc.identifier.callnoHE894.M843 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003832(2019)-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107303+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.