Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514574
Title: | Perlaksanaan dan amalan gender mainstreaming : kajian ke atas sektor awam di Malaysia |
Authors: | Nur Syakiran Akmal Ismail (P45389) |
Supervisor: | Rashila Ramli, Prof. Dr. |
Keywords: | Amalan gender mainstreaming Sektor awam di Malaysia Gender mainstreaming |
Issue Date: | 8-May-2014 |
Description: | Gender Mainstreaming ialah proses mengenalpasti kesan terhadap wanita dan lelaki pada setiap tindakan yang dirancang, termasuklah undang-undang, dasar atau program, pada setiap peringkat. Gender mainstreaming (GM) telah dilancarkan pada tahun 1995 di Persidangan Wanita Antarabangsa Beijing, sebagai strategi global untuk mempromosikan kesamarataan gender. Walaupun konsep tersebut diperkenalkan pada tahun 1995, tetapi proses yang berlaku di Malaysia telah bermula sejak selepas merdeka iaitu pada tahun 1956. Walaupun proses GM telah berlaku, tetapi sehingga tahun 2013, isu kesamarataan gender masih belum dapat diselesaikan oleh Malaysia. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada proses pelaksanaan dan amalan gender mainstreaming (GM) di Malaysia melalui sistem terbuka yang dipengaruhi oleh isu-isu antarabangsa dan domestik. Tiga persoalan kajian telah dikemukakan melalui masalah kajian iaitu (i) Bagaimanakah sistem proses pelaksanaan Gender Mainstreaming di Malaysia berlaku secara umum?; (ii) Sejauh manakah proses Gender Mainstreaming berlaku pada peringkat pembuatan keputusan di organisasi awam di Malaysia? dan; (iii) Adakah proses Gender Mainstreaming yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) memberi impaknya terhadap pemerkasaan kuasa dalam kalangan pembuat keputusan di kedua-dua organisasi tersebut? Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, (i) meneliti pemahaman tentang gender mainstreaming sebagai satu pendekatan global yang telah diadaptasikan di Malaysia, (ii) mengkaji hubungkait di antara pelaksanaan dan amalan dengan menggunakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai dua kes kajian serta, (iii) Menganalisis impak GM dari aspek pemerkasaan wanita dalam sektor awam, iaitu di KPM dan MOSTI. Bagi menentukan supaya objektif kajian tercapai, kerangka teori telah mengadaptasikan Model Sistem Politik dan Dasar oleh Birkland (2001); Teori Max Weber (1946) dan; Tahap pemerkasaan Sara Longwe (1991). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Metod kajian meliputi kaedah pengumpulan data Inductive Thematic Analysis (ITA) dan Analisis Naratif. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk analisis temubual dan juga analisis kandungan seperti buku, jurnal, dokuman, dan penyata rasmi. Data yang dikumpul ialah data primer dan data sekunder. Informan yang terpilih adalah kumpulan pembuat keputusan di kedua-dua kementerian. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem terbuka telah memaksa proses politik untuk bertindak balas dan seterusnya menggubal dasar berperspektif gender di Malaysia. Pelaksanaan dasar ini menjadi tanggungjawab setiap kementerian kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses gender mainstreaming di KPM berbanding dengan MOSTI lebih berkesan kerana organisasinya lebih bersifat terbuka dalam mengambilkira wacana gender di peringkat antarabangsa dan tempatan. Oleh itu, KPM telah menggubal dasar-dasar berperspektif gender secara menyeluruh untuk organisasi mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesedaran gender merupakan penyumbang utama dalam pelaksanaan gender mainstreaming di peringkat tempatan, termasuklah peranan yang dimainkan oleh Gender Focal Person (GFP). Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa terdapat kesenjangan di antara pelaksanaan dan amalan gender mainstreaming kerana ia banyak bergantung kepada aktor yang terlibat seperti pihak kepemimpinan organisasi , kumpulan pelaksana dan matlamat bagi kumpulan sasaran. Akhir sekali, kesan proses gender mainstreaming dalam kedua-dua organisasi ialah pencapaian tahap kedua dalam tingkat pemerkasaan iaitu tingkat kebajikan dan akses. Pencapaian sehingga ke tahap kedua menunjukan proses gender mainstreaming perlu diperkemaskan lagi agar tahap pemerkasaan dicapai sehingga pemilikan kuasa.,PhD |
Pages: | 389 |
Call Number: | HQ1233.N847 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_79880+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.